Teringat saya sapaan seorang perserta Persidangan Akauntan Awam 2015 di Hotel Persada, Johor Bahru beberapa bulan lepas. Bertugas sebagai seorang sebagai seorang Liason Officer bagi seorang VIP yang agak ternama juga (tapi bukan di bidang politik yer) saya juga sibuk.
"Salam.... Tuan, cantik la sut Tuan." sapa seorang peserta semasa mengiringi VIP ke ruang legar minum pagi."Terima kasih." saya senyum menjawab."Plus, ... Tuan nampak segak dan 4 buttons sut ni la, dan tampak lain dari pegawai yang lain." tambahnya lagi.
Saya hanya mampu senyum. Bukannya sombong, cuma tengah bertugas tak bolehlah saya melayannya terus.
So, nak kata saya segak tu, nampak sangat la angkat bakul sendiri kan. So biarlah orang lain yang kata saya segak. heheheheheh.
Anyway, sebelum bercerita panjang pasal pakaian ni kan.
"Mmmmmm mana nak mula yerk?" hati saya dah teruja nak bercerita.
"Okeylah... Rasanya kalau nak cerita kena buat ala-ala karangan gitu." sambung teruja hati saya.
"Kalau buat cerita lebih santai sure bosan pula..." tambah hati saya lagi.
------o0o-----
Sut aka "Baju Sut"
Baju sut adalah pakaian yang seringkali menjadi pilihan lelaki yang terlibat dalam dunia profesional dan korporat. Bila disebut baju sut, ianya harus mengandungi jaket dan seluar yang berpadanan dari segi warna, corak dan tekstur kainnya. Maknanya, set baju sut yang lengkap dijual dengan adanya jaket dan seluar, tidak berasingan.
Sut aka "Baju Sut" |
Jika hanya ada jaket sahaja, ini dikategorikan sebagai blazer. Kebiasaannya, blazer boleh dipadankan dengan seluar yang hampir serupa atau berlainan warnanya. Malah di barat adalah menjadi kebiasaan jika blazer dipadankan dengan jeans untuk menampilkan imej kasual.
Blazer |
Terdapat dua kategori utama baju sut:
- sut jenis single breasted - hanya mempunyai satu lajur butang
- sut jenis double breasted - mempunyai dua lajur butang
Siapa pemakai yang sesuai?
Memang jarang kita melihat orang yang memakai sut jenis double breasted kerana hanya yang tinggi lampai dan yang kurus akan menyerlah apabila mengenakannya. Ia akan menambah ilusi bahawa mereka lebih berisi dan tegap.
Kebanyakan orang Asia yang terdiri daripada saiz badan sederhana dan ketinggian yang sederhana lebih sesuai mengenakan sut jenis single breasted. Jika bentuk badan anda adalah tinggi, besar dan berisi/berotot pula, elakkan sut jenis double breasted kerana bahagian tengah badan anda akan kelihatan padat dan menjadi perhatian.
Etika sut - empat, tiga, dua atau satu?
Sut jenis double breasted sentiasa perlu dibutang penuh apabila berdiri. Oleh sebab itulah jarang kita menjumpai mereka yang mahu memakai sut jenis ini. Tambahan pula cuaca panas negara kita yang memungkinkan rasa tidak selesa.
Double Breasted Sentiasa Dibutang Penuh Semasa Berdiri |
Sut jenis single breasted pula terbahagi kepada 4 jenis berdasarkan bilangan butangnya:
- Empat butang - Sesuai bagi mereka yang tinggi, saiz badan tidak terlalu kurus yang mahukan lebih gaya dan stail.
- Tiga butang - Sesuai bagi mereka yang mempunyai ketinggian sederhana dan tinggi, saiz badan sederhana tetapi mahukan lebih gaya dan stail.
- Dua butang - Gaya paling klasik dan universal, sesuai pada hampir semua ketinggian dan saiz badan.
- Satu butang - Gaya kontemporari, popular sejak 2009. Sesuai bagi mereka yang tegap dan kurus dengan ketinggian sederhana dan rendah.
Dalam keadaan berdiri, etika pemakaian butang sut jenis single breasted juga bergantung kepada bilangan butang yang ada:
- Empat butang - Butang paling atas boleh dikancing sekali sekala (sometimes), butang tengah mesti dikancing (always), butang kedua tengah mesti dikancing (always) dan butang paling bawah tidak perlu dikancing (never). Cara mengingatinya ialah sometimes, always, always, never.
- Tiga butang - Butang paling atas boleh dikancing sekali sekala (sometimes), butang tengah mesti dikancing (always) dan butang paling bawah tidak perlu dikancing (never). Cara mengingatinya ialah sometimes, always, never.
- Dua butang - Always, never.
- Satu butang - Always.
Cara Membutang Baju Sut
Dalam keadaan duduk, kesemua butang tidak perlu dikancing. Etika sut ini bertujuan memastikan sut tahan lama, tidak mudah berkedut dan agar si pemakai nampak segak selalu.
So, pakai la mengikut kesukaan pemakai. Bagi saya, 4 butang, tampak lebih kemas, tinggi dan bergaya. Almaklum lah saya tinggi dan tidak terlalu kurus (Kurus juga kot sekarang). Saya suka tampak lebih berketrampilan sebagai professional. Saya juga menyukai blazer yang lebih kasual dengan padanan seluar jeans. So, kalau ada kursus or talk or seminar (especially untuk sebelah malam) saya akan memakainya. Warna kesukaan saya adalah jeans blue atau dark biru, jenis cutton dengan 3 butang.
Umumnya, saya akan memakainya mengikut kesesuaian. Kalau pada siang hari, dan formal saya lebih pada 4 butang dengan sut, kalau aktiviti pada sebelah malam blazer 2 atau 3 butang dengan siku tampal lebih menjadi pilihan saya.
"Alamak... macam show off pula." mulut saya membebel sendiri.
Anyway, buy what you can afford. Jangan lupa, kalau menempah baju sut, tempah la sepasang sut dan 2 pasang seluar. Kenapa? Baju Sut tak mudah berkedut, tetapi seluarnya .... !!!!
------o0o-----
Sapa perunding imej saya pasal ni.... Sure la Elly. Forsure, Sut Kalau Kena Cara Memakainya, pasti anda tampak segak sentiasa. Awesome kata orang putih.
Selamat membaca.
© 2015 A Halim @ Abdul Halim Bin Ismail
© 2015 S.N.A.P. Touch Photography
Tiada ulasan :
Catat Ulasan