Ahad, 25 Oktober 2015

Sut... Nampak Awesome 2 - Kalau Kena Cara Memakainya.

21 Oktober 2015 lalu saya bertugas di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia. Arahan kerja dari masa ke semasa buat seorang pemegang amanah kerajaan.  Jadi jawapannya "Saya Yang Menurut Perintah" lah kan.  Actually, tugas ini sememangnya menyeronokkan. Ia membawa pelbagai pengalaman dan pembelajaran, bagi sesiapa yang tidak pernah menghadirinya.  Ini termasuklah Tatacara Berpakaian, Tatacara Pelaporan dan Tatacara Berkomunikasi dengan Pelbagai Warga Yang Menghadirinya.  

Melayari Amanah Negara


Menyebut tentang Tatacara Berpakaian rasanya saya telah bincang dan ringkaskan di dalam topik "Sut... Nampak Awesome Kalau Kena Cara Memakainya" sebelum ini.  (Sila rujuk yerrrr).  So, tidak perlu lah saya berpanjang lebar tentang isu Tatacara Berpakaian pulak di sini.
Topik "Sut... Nampak Awesome Kalau Kena Cara Memakainya."

By the way, terima kasih kerana membaca topik saya yang lalu.


So, hari ini, saya nak bercheritera tentang Sut dan Pekeliling Perkhidmatan Kerajaan di mana terdapat tatacara dan bagaimana untuk mendapatkan bayaran elaunnya.
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16, Tahun 2007

Almaklumlah, Puan Nur Atikah (partner bertugas saya) yang bertugas bersama saya pun bertanya pasal sut yang saya pakai. Kenapa 4 butang, kenapa itu dan kenapa ini. Why ada butang tambahan dekat tangan kemeja kat dalam (aka cufflinks).

Umumnya, tidak saya nafikan ramai juga kakitangan awam tidak mengetahui tentang pekeliling berkaitan elaun ini.

Okey lah.... Bercheritera tentang Sut untuk tugas rasmi, ianya ada terdapat di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16, Tahun 2007. Pekeliling setebal 4 mukasurat ini, membicarakan panjang lebar berkaitan Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi. 

Walau bagaimanapun, saya hanya akan menjelaskan Bantuan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi sahaja buat masa ini, yerk.


Namun, sebelum membicarakan terus tentang pekeliling ini, secara ringkasnya penjelasan maksud bagi terma-terma tuntutan elaun ini adalah (terdapat di dalam Pekeliling yang saya maksudkan) :-
  • Pakaian Istiadat
Para 2. ‘Pakaian Istiadat’ ertinya pakaian upacara rasmi yang direka bentuk khas untuk sesuatu perkhidmatan. 

  • Pakaian Black Tie

Para 3. ‘Pakaian Black Tie’ ertinya pakaian separa rasmi barat yang dipakai untuk majlis makan malam. 

  • Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi. 

Para 4. ‘Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi’ ertinya Pakaian Kebangsaan atau Dark Lounge Suit bagi lelaki atau pakaian yang bersesuaian bagi wanita semasa dikehendaki menghadiri upacara rasmi untuk menerima bintang atau pingat dalam Majlis-majlis Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat Persekutuan / Negeri atau bertugas rasmi di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. 


  • Kelayakan Bantuan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi.
  1. Para 5. Pegawai Perkhidmatan Awam yang mempunyai Pakaian Istiadat layak diberi Bayaran Pakaian Istiadat dan boleh memilih untuk menggantikannya dengan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi. 
  2. Para 6. Pegawai Perkhidmatan Awam yang tidak mempunyai Pakaian Istiadat dan dikehendaki menghadiri upacara rasmi untuk menerima bintang atau pingat dalam Majlis- majlis Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri layak diberi Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi. 
  3. Para 7. Pasangan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang turut hadir dalam Majlis-majlis Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri layak diberi Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi. 
  4. Para 8. Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 41 dan ke atas yang diarah bertugas di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri layak diberi Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi. 

  • Kadar Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi adalah seperti berikut:-

  • Syarat-syarat kemudahan.

  1. Para 11. Kemudahan ini adalah tertakluk kepada syarat seperti berikut: 

  • kemudahan bayaran pakaian ini diberi setiap tiga (3) tahun sekali. 
  • pegawai yang telah diberi Bayaran Pakaian Istiadat tidak layak menuntut Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi dalam tempoh tiga (3) tahun yang sama
  • tuntutan bayaran balik hendaklah disokong dengan resit; dan 
  • tuntutan bayaran balik Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi hendaklah disokong dengan maklumat mengenai jemputan upacara rasmi atau surat arahan bertugas di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. 

  • Cara Memohon Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi
Tatacara permohonan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi tertakluk kepada Kementerian dan Jabatan di mana kita mewakilinya. Ianya kebanyakannya berbeza-beza.  Tiada satu format khas berkaitan Borang Permohonan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi. Namun, rasanya tatacara permohonan berikut boleh digunapakai sebagai rujukan Tuntutan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi pihak pemohon.
  • Pengisian Borang Permohonan Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi ,

Syaratnya :
  1. Borang Permohonan Tuntutan MESTI diisi dalam 3 salinan.
  2. Borang Permohonan Tuntutan MESTI disahkan dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan
  3. Borang Permohonan Tuntutan MESTI Mendapat Kelulusan Bahagian Kewangan (sesebuah Kementerian/ Jabatan)
  4. Borang Permohonan Tuntutan MESTI Disokong dengan Melampirkan Surat Arahan Bertugas dan Menjalankan Tugas Rasmi
  5. Borang Permohonan Tuntutan MESTI Melampirkan Resit Asal yang bertandatangan oleh Syarikat Pengeluar dan berchop rasmi syarikat pengeluar. (Plus, Kakitangan hendaklah mengesahkan bayaran adalah untuk urusan rasmi).
  6. Dokumen Tambahan :-
  • Penyata Bank Penerima Bayaran.
  • Salinan Buku Servis Penerima Bayaran.
  • Salinan Terkini Slip Gaji Penerima Bayaran.
Dah settle semua kan, hantarlah permohonan dan tunggulah bayarannya memasuki akaun anda. Perlu diingat, Had Tuntutan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi hanyalah RM650 sahaja, walaupun harga sut anda mencecah puluhan ribu ringgit. selebihnya adalah caj pada akaun anda sendiri.


Bagi saya, meskipun kita mampu membeli Pakaian/ Baju Sut untuk Menghadiri Upacara Rasmi atau sut siap dan pakai, pada harga semurah RM250 di shopping-shopping complex, namun kepuasan tetap pada sut yang ditempah dan diukur pada pemakai sendiri. Lebih selesai, stylo dan segak. Tetapi harganya, agak mahal. Ini kerana ianya lebih berkualiti pada kainnya serta keselesaan pada leninnya.

So, terjawaplah soalan Puan Nur Atikah, teman setugas saya di Dewan Rakyat hari tu.  Soalan-soalan seperti :- 
  • Cantiknya Baju Sut, Tuan.
  • Kalau nak beli Baju Sut Untuk Menghadiri Upacara Rasmi, Bagaimana ?
  • Berapa Jumlah Maksima Tuntutan ?
  • Tatacara Tuntutan Pulak, Bagaimana ?

Cuma pasal butang dan cufflinks sahaja masih terhutang.  Takpe, esok masih ada bukan. So, tunggu la jawapannya nanti yer, Puan Atikah..... By the way, I am too old to be call "Tuan".... tapi terpulanglah. Janji Puan selesa.

Perlu diingat juga yerk, untuk Menghadiri Upacara Rasmi Kerajaan, JANGAN la pulak berpakai Blazer sahaja ... kerana ianya bukanlah Majlis Kasual dan Majlis Huha atau Majlis Saturday Night Fever tau. Ia merupakan tugas rasmi.  Majlis Tugas Rasmi.... Faham. Nak saya eja... Sori, saje berseloroh.  So, salah berpakaian, anda mungkin akan diarah keluar pula dari Upacara Rasmi tersebut.


Semoga posts ini berguna buat anda.  Jangan lupa komen dan Like atau Share sekiranya ianya berguna untuk kita semua.  Selamat Membaca.


Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...