Sekembali saya dari Persidangan MIA 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, membuatkan saya bersemangat untuk bercheritera lagi. Namun dan sayangnya... Hampehnye (Kata kasarnya la) talian internet Telekom di kawasan saya pula bermasalah dan tidak pulak membenarkan saya berceloteh. Bermula dari 26 Oktober 2015 sehingga ke hari ini semasa isian blog ini selesai di"publish"kan.
Persidangan MIA 2015 |
Banyak bebenor cerita yang nak saya share kan ... Kebanyakkannya berkisar dengan sembang mulut para akauntan yang berkampung 2 hari di Persidangan MIA 2015. Termasuk juga sembang kedai ke klinik saya di sana sini. Mungkin ada yang menarik, dan ada juga cheritera kebosanan yang anda membacanya dengan keboringan.
Disamping itu saya juga akan selitkan kata-kata hikmah penceramah dan para sahabat untuk saya kongsikan bersama dan untuk semua. Kebanyakannya berasaskan pada sembang kosong (kot) yang saya petik semasa bersama-sama sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari dan minum petang dengan para penceramah dan kawan-kawan di Persidangan MIA 2015. Menarik dan saya sispkan juga gambar-gambar semasa acara berjalan. Takpe, nanti saya kongsikan bersama untuk semua.
Semangat untuk berkongsi cheritera di "warung" kedai kopi saya agak dingin pada minggu ini. Ini adalah kerana masalah talian Internet yang tiada kesudahan masalahnya. Sakit hati, geram dan tension juga saya dibuatnya. Tertunggu-tunggu la juga si Puan Noorzhi dan si Puan Atikah pasal Cufflinks rasanya.
"Sori dengan hutang tu yerk." hati memohon maaf, dengan bibir mengamit senyuman.
Entahlah, bila talian Internet kita di Malaysia ni hebat seperti di negara lain. Esok, lusa, minggu depan, bulan depan atau Tahun depan. Jawapannya .... tidak dalam pilihan saya.
"Sabar la yer ....." mulut saya menyampuk, yang entah apa maksudnya.
Harap-harap petang ini, Internet akan beroperasi seperti biasa. Cheritera "Warung" Kedai Kopi saya riuh kembali. Menyepa para penunjung yang tiba dengan sembangan maya dan semesta dunia. Pagi ni singgah ke sebuah warung so jari memetik papan iPad Air untuk mengisi ruang maya sambil mulut memohon maaf. Menaip isian blog dengan iPad walaupun mudah, tapi tidakkah sehebat menggunakan PC iMac or Macbook saya. (heheheheheh jangan marah... just nak share bukan show off).
Cheritera yang menarik maybe akan saya sembangkan adalah :-
- "Bagaimana tentang Cufflinks...." Tanya Noorzhi.,
- "Wah!!!!!!!!!!! Cerianye Ko !!!!!!!!!",
- "27 Tahun Tak Jumpe",
- Mrs. Tracker, dan;
- "Bulih ba kalakau....."
Tunggu!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ok..im waiting...
BalasPadam