Rabu, 16 Disember 2015

Top Up Digi Prepaid - So Simple Rupanya

Tak tahu nak mula apa selepas lebih sebulan tidak bertandang ke Blog Cheritera Kedai Kopi ni.   Inilah penangan TM sekiranya kita buat sambil lewa dengan perkhidmatannya. Isian minda kosong, walaupun pelbagai idea mendatang.

Okeylah ...... Rasanya pengalaman semasa bertugas di Sabah hari tu boleh dikongsikan.  Bagaimana nak top-up/ reload/ tambah kredit ke Nombor Telefon Digi Prepaid orang lain melalui SMS.

Sebenarnya, ianya cukup mudah, cuma saya tak pernah melakukannya sehinggalah Si E'KiM membuat pesanan ringkas untuk meminta Top-Up Prepaid melalui iPhone kakaknya.

Caranya cukup mudah.  Jom baca....

Selepas membeli Top-Up/ Reload/ Tambah Kredit Kod sama ada secara online atau kedai-kedai pengedar Top-Up/ Reload/ Tambah Kredit 

  1. Membuat Top-Up untuk telefon sendiri 
  • Taip *123*<14 atau 16 - digit reload PIN># dan tekan butang SEND/ CALL.
Contohnya : 
 *123*1234567890123456#
Dan, jangan lupa untuk menekan SEND/ DAIL/ CALL selepas memasukkan nombor KOD PIN di atas.  Sekiranya tambah kredit berjaya, anda akan menerima maklumbalas dari pihak DiGi dengan kadar segera. 
Kalau tidak berjaya, semak nombor PIN yang diberikan, dan ulang semula sekiranya kesilapan berlaku.
     2.  Membuat Top-Up untuk ke telefon lain
  • Taip *123*<14 atau 16 -digit reload PIN>*<Nombor Telefon Digi Lain># dan tekan butang SEND/ CALL.
Contohnya : 
 *123*1234567890123456*0161234567#
Dan, jangan lupa untuk menekan SEND/ DAIL/ CALL selepas memasukkan nombor KOD PIN di atas yerk.  Sekiranya tambah kredit anda telah berjaya, anda akan menerima maklumbalas dari pihak DiGi dengan kadar segera. 
Kalau tidak berjaya, semak nombor PIN yang diberikan, dan ulang semula sekiranya kesilapan berlaku pada pesanan pertama tadi.  Awas, jangan salah nombor tuju sudah la yerk.

So simple kan... cuma saya jerk yang kebingungan untuk melakukannya.  Anyway, saya just nak share jerk, mana tahu korang nak tahu kan. 

Selamat mencuba.  Isian Post ni sebenarnya untuk kegunaan saya sendiri, kalau anda nak share silakan.

1 ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...