Khamis, 17 Disember 2015

Keluarga, Kembara & Ke"Esa"anNYA

Sebagai seorang Pegawai Cabok di Sektor Awam sepastinya kerja memenuhi takwim kerjaya sepanjang masa setiap tahun. Hinggakan melayan keluarga hampir mencecah sebagai kemestian ke-dua kehidupan sahaja.  Well .... Kalau tidak diimbangi sepastinya keluarga akan menjadi tempat ke-tiga atau ke-empat ataupun seterusnya. 

"Wang... Keluarga sentiasa nombor satu tau." Pesan bonda tersayang, Juarah binti Abd Rajak suatu ketika dahulu. 
"Walau tinggi mana kerjaya kita, keluarga adalah tempat teratas selepas agama kita." Sambungnya lagi.
"Sememangnya kerjaya boleh menjamin keluarga. Kerjaya boleh mengangkat agama. Tapi tanpa Agama dan Keluarga segalanya akan musnah. Segalanya akan punah." Sambungnya lagi.
Itulah nasihat bonda sehari sebelum diri ini menjejakkan kaki ke alam berumahtangga.
Sepastinya keluarga adalah segalanya. Keluarga lah di mana segalanya bermula. Nasihat ini akan sentiasa kuperturunkan buat anak-anak sehingga akhir hayatku.  Itulah janji anak bumi ini, wahai bonda.

---o0o---

Hari ini, kami berjalan jauh untuk berehat bersama keluarga.  Persiapan anak-anak telah diatur seawalnya.  

Perjalanan kumulakan dengan panjatan doa semoga semuanya selamat.  Hujan renyai rahmat mengiringi perjalanan kami ke Port Dickson.  Di sepanjang jalan juga lah Elly mengarahkan anak-anak berniat Solat Jamak Ta'khir.  Nak singgah untuk menunaikan Solat Taqdim di Hentian Seremban alamat kuyuplah jawapnya.

Kami tiba seawal jam 4.00 petang di destinasi dituju.  Elly mula melaungkan mukadimah ceramahnya dengan perkataan "Jamak..... Jamak... Jamak".  Syukur anak-anak memahami amanah itu.  Aina, E'KiM, E'ZiQ dan Riyana bingkas bangun berwuduk dan solat selepas meletakkan barang-barang yang kami bawa untuk menunaikan kewajiban mereka.

Syukurlah... Percutian semakin seronok sangat bila solat dijaga. Bagai sebuah percutian ke alam yang suci rasanya. Di sini aku share kemudahan ini agama ini semoga kita bersama-sama menikmati keberkatannya. Amiin....

Cara niat Solat Qasar dan Jama' Taqdim (Zohor dan Asar)

Cara niat Solat Qasar dan Jama' Taqdim (Maghrib dan Isya')

Cara niat Solat Qasar dan Jama' Ta'khir (Zohor dan Asar)

Cara niat Solat Qasar dan Jama' Ta'khir (Maghrib dan Isya')

Ianya memudahkan. Agama sentiasa memberikan kemudahan, kenapakah tidak kita lakukan. Plus, ikut syarat-syarat dan rukunnya yerk.

Syukur juga, ianya saya perkenalkan perkara ini buat petugas kursus di bawah jagaan saya di Kementerian.  Ia memudahkan peserta menunaikan kewajiban.  Sememangnya elok pun, daripada kita meletakkan gambar-gambar entah berantah.

Nota dan foto ni saya ambik dari Facebook dan simpan untuk kegunaan keluarga.

Saya melakukannya, kenapa tidak anda. Semoga berkat bersama kita.  Amiin...

Nukilan ni saya coretkan di Primaland Resort Port Dickson, Negeri Sembilan, khas untuk semua.  Selamat mengamalkannya.


Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...