Khamis, 17 Disember 2015

Don't Share Our Privacy ...........

Tengah sibuk mengemas barang di stor untuk persiapan aktiviti 5S, SMS masuk mengegarkan kocek slack comot saya. Mahu terperanjat saya dibuatnya.

Pesanan pertama rasanya tidaklah memeranjatkan saya. Namun, setelah lebih setengah jam pesanan kedua menyusuli untuk tindakan saya seterusnya.

Pesanan mengarahkan saya mengubahkan kata laluan akaun telefon saya kerana seseorang telah cuba memasukinya. Mesej saya susuli dengan panggilan ke talian 123 Maxis.

Layanan penerima panggilan cukup "tak terkata" etikanya. So, baik....
"Salam Encik, apa yang boleh saya bantu?" Tanyanya lembut.
"Saya mendapat mesej dari pihak Puan dan ingin kepastian perkara sebenarnya." Jawab saya ringkas.

Saya pun membaca mesej yang dihantar.

Pesanan Ringkas Makluman Syarikat Telco 1

Puan ni menjawap dengan penjelasan yang cukup menyenangkan saya.
"Somebody cuba nak masuk ke akaun Encik dan cuba reset password. Dan akaun telah dihalang penggunaan oleh pihak Maxis. Untuk membukanya kembali sila masukkan kata laluan yang diberikan dan buat pertukaran kata laluan."
"A what???!!?" Saya menjawabnya.
"Yer Encik... Bulan September 2015 ada sekali kes yang sama berlaku dan kami cuba maklumkan pada Encik tetapi tiada respon, dan pagi ni berlaku sebanyak dua kali." Jelasnya lagi.
Selepas penjelasan yang panjang lebar saya bergegas ke pejabat untuk melihat akaun saya.
"Hmmmmm...  Apa la dorang ni, jangan la buat camtu, kalau nak sangat stalking ke, or nak hack akaun tu jangan la buat dekat aku. Jangan buat kerja yang bodoh la. Hampeh pun takde dalam tu." Mulut saya membebel.
Pesanan Ringkas Makluman Syarikat Telco 2

Apa pun, saya ingin kongsikan hanya satu, don't share any of your account.  Or any of your passcode. Or jangan kecoh tentangnya walaupun dengan adik beradik kita. Saya tak kata la adik saya yang hack, just to tell that, adik or sesiapa saja hanya boleh kita kongsikan tentang keceriaan kehidupan bukannya pincode akaun kita, especially pincode akaun bank kita.

If you have a simple code macam nombor pendaftaran kereta yang anda gunakan, tarikh ulang tahun perkahwinan ataupun tarikh lahir anda, lupakan sahaja. Ianya terlalu mudah cerobohi dan dibuka oleh sesiapa yang ingin mengetahui informasi atau privasi kita.  Ataupun sesiapa yang berjinak-jinak melakukan stalking dengan memulakannya pada kita.  Kadang-kadang mungkin orang yang lebih rapat dengan kita.  Maybe sahabat kita.

Buatlah ianya lebih sukar diramal dan dijangka. Pastikan ianya mempunyai Simbol, Nombor, Huruf besar dan huruf kecil. Biarlah sepanjang mana, yang pastinya ianya sukar untuk dicerobohi.  Tetapi, pastikan ianya senang diingati. Janganlah pulak sesuatu yang ianya sukar diingati, bala lah jadinya. Hahahahahahah.

Hari ini juga akaun emel saya memaklumkan bahawa terdapat beberapa percubaan menembusi privasi emel saya cuba dilakukan.

"Wah!!!!! Hebat juga orang nak hack ni. Macam billioner pulak saya ni kan." Mulut saya mencabik kata-kata.

Pengajarannya, keep your pincode as a secret of your life.  Kalau nak share pun, especially duit tu, tulis wasiat jerk untuk keluarga kita, habis cerita.

Berhati-hatilah dengan privasi dan kata laluan kita.

It just a short story for us, to be tooooooo carefull.

Nukilan ni saya coretkan selepas mengemas Stor Bahagian Akaun, Jabatan saya.  Selepas melepaskan lelah bersama seorang sahabat di Cafeteria.  Ianya khas untuk dikongsikan bersama.  Berhati-hatilah.


Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...