Lima hari bercuti membuatkan saya keboringan sambil melayan dan mengilatkan kereta. Bukan satu, dua biji semuanya. Warna Solid Putih dan Metalik. Habis warna-warna yang pudar jadi berkilat. Sesambil melayan kereta pada hari terakhir hari ini, teringat dengan soalan Puan Atikah dan Puan Noorzhi pasal cufflinks.
- Macam mana nak memilih cufflinks?
- Apakah Cara Kesesuaian Pemakaian Cufflinks Pada Sesuatu Acara ?
Isian blog ini juga adalah sambungan dari Isian sebelumnya iaitu Sut ... Nampak Awesome - Kalau Kena Cara Memakainya yang juga di nanti oleh seorang kawan untuk cheritera seterusnya.
Umumnya, seorang sahabat saya, juga seorang perunding imej berpakaian selalu menjadi pakar rujuk saya dalam memilih cufflinks untuk sesuatu acara rasmi.
Kata-kata nasihat beliau yang selalu bermain di telinga dan minda saya dalam memilih pemakaian cufflinks untuk sesuatu majlis adalah :-
“Mengetahui cara memilih satu set cufflinks bermaksud bahawa kita mempunyai penampilan ideal yang menarik dengan sut dan pakaian formal yang kita pakai. Cufflinks merupakan satu standard dan formaliti berpakaian bagi sut atau pakaian-pakaian formal.”
Kenapa Kemeja Dipadankan Dengan Cufflinks ?
Ini kerana sepasang Cufflinks adalah :-- Satu-satu akessori perlu-ada bagi seseorang lelaki yang sentiasa berpenampilan yang terbaik.
- Satu petunjuk bagi gaya dan keunggulan seseorang pemakai.
- Membuatkan pemakai lebih tampak luar biasa dalam penampilannya.
- Menampakkan si pemakai lebih elegance dan mempunyai kelas tersendiri.
- Seni dan keperibadian si pemakai dalam memperagakan pattern atau warna pakaian, yang menceritakan kordinasi warna dan citarasa individu pemakai.
Bagaimana Memilih Cufflinks ?
Memilih Cufflinks memerlukan citarasa kesenian semulajadi pada diri seseorang pemakai. Bagi saya, saya lebih suka merujuk kepada Padanan Analogous Colours (Kad analogous colours) yang saya bawa ke mana-mana untuk pembelian pakaian saya. Padanan Analogous Colours ini sentiasa berada di dalam gadget saya sama ada handphone, iPad, Google Drive ataupun Drobbox saya. Ia amat berguna dan memudahkan saya dalam memilih warna pakaian seterusnya memadankan aksessori pakaian saya.
Dalam memilih cufflinks, saya lebih suka memilih mengikut prinsip berikut ;-
Warna Cufflinks hendaklah berbeza, tetapi mestilah sentiasa menghampiri warna baju yang dipakai, merujuk kepada warna di dalam Padanan Analogous Colours.
Kad Analogous Colours |
Selain daripada menggunakan Padanan Analogous Colours, elemen-elemen lain juga boleh digunakan dalam membuat padanan dalam memilih Cufflinks yang kita pakai. Ia akan menampakkan keanggunan si pemakai. Antaranya ialah, Baju Kemeja, Seluar, tali lehar, tali pinggang, kepala tali pinggang, kasut dan jam yang kita gunakan.
Contohnya, kalau kita memakai jam berwarna emas atau perak, warna pilihan cufflinks juga adalah berwarna emas atau perak.
Ada juga yang menggunakan rujukan warna cufflinks dengan menggunakan tali jam si pemakai. Contohnya, tali jam kulit bersesuaian dengan cufflinks berwarna kulit bagi memadankan warna pemakaian.
Secara umumnya, pemilihan warna cufflink yang lebih santai tidak hanya ditentukan dengan material seperti emas, perak dan besi atau tembaga yang kita pakai. Ia lebih ditentukan dengan pattern yang kita pakai dan gunakan. Dan perlu diingatkan bahawa, warna elemen dan aksessori seperti tali leher, tali pinggang, kepala tali pinggang, tali jam, stokin atau kasut mestilah sepadan dengan cufflinks yang kita gunakan.
Walau apapun teori yang kita cuba fikirkan, pemilihan warna cufflinks mestilah serupa dengan baju kemeja yang pakai (Meskipun ada juga golongan pemakai yang akan memilih warna-warna pelengkap dan kontras pada cufflinks dan dipadankan dengan kemeja yang dipakai). Secara asasnya, cufflinks yang digunakan hendaklah lebih terang atau gelap warnanya, berbanding dengan kemeja yang berwarna gelap atau terang warnanya untuk dipadankan.
Kesesuaian Pemakaian Cufflinks
Secara amnya, pemakaian Cufflinks bagi seseorang pemakai terutamanya lelaki pada dua acara formal iaitu ketika bekerja dan bersosial.
- Bekerja
Sebagai seorang professional di bidang perakaunan saya memakai cufflinks hanya pada sesuatu acara tertentu seperti mesyuarat, majlis-majlis rasmi sahaja. Selainnya, saya hanya memakai butang biasa sahaja dan dipadankan dengan tali leher berserta blazer dan jaket eksekutif .
Kesesuaian Cufflinks, Warna Dengan Pakaian 1 - Ungu |
Kesesuaian Cufflinks, Warna Dengan Pakaian 2 - Biru |
Kenapa pulak ?
Jawapannya, cufflinks bukan lah sesuatu yang perlu dipakai setiap hari semasa bekerja seseorang professional kecuali berhadapan dengan pelbagai level kakitangan bawahan dan yang sama level dengan pemakainya. Cufflinks merupakan isyarat kekuasaan kepada orang bawahan kita. Ia juga menunjukkan ketrampilan diri pada pemakai semasa berhadapan dengan pelanggan sesebuah organisasi. Selain dari itu, saya juga memakainya pada acara-acara formal berkaitan dengan kerjaya seperti persidangan-persidangan kerajaan ataupun swasta.
Kesesuaian Cufflinks, Warna Dengan Pakaian 3 - Merah Jambu |
Kesesuaian Cufflinks, Warna Dengan Pakaian 4 - Biru Vs Cufflinks Keemasan |
- Bersosial
Memakai cufflinks semasa acara-acara sosial amat jarang saya lakukan kecuali kod etika berpakaian menetapkannya. Saya tidak memakainya ke majlis-majlis perkahwinan seperti di Barat. Pelik pulak karang, kalau tiba-tiba kita ke majlis perkahwinan dengan segini. Takut pengantin yang suruh kita tukar pakaian. Hahahhahah. Namun, tidak salah kita bersosial dengan mengenakan cufflinks berbaju kemeja putih dengan padanan jeans berwarna biru untuk ke majlis reunion bukan. Ia akan menonjolkan diri kita lebih sedikit dari orang lain. Tapi biarlah kena pada elemennya yerk. Kang nampak badut pulak kita di mata orang lain.
Bersosial Dengan Cufflinks Pelbagai Bentuk |
Nota Kaki Perihal Cufflinks
- Jangan lah kita memakainya secara harian, kecuali kita adalah ketua kepada sesuatu Bahagian/ Jabatan atau bos sesebuah organisasi.
- Pakailah cufflinks untuk acara-acara formal atau interaksi secara inter-personal dengan pelanggan kita or organisasi kita.
- Untuk tujuan Pemakaian Sosial, pemakaian cufflinks lebih kepada pengantara penampilan kita bukan menunjukkan penguasaan kita.
“mmmmmm selesaipun, di harap cheritera ini mampu menjawap persoalan yang diutarakan oleh Puan Atikah dan Puan Noorzhi yang lepas. Thanks for the message Puan.” Hati saya gah-ria mengakhiri bicara.
“Puan, my cufflinks hanya untuk membezakan saya adalah pengurusan untuk pekerja saya, more power then they have. Or for my or office client to show the elegence and class of me from their point of view.” Sambung mulut saya menyimpulkannya.
Puas hati tak dengan jawapan tu ? Harapnya begitu lah Pn Noorzhi... dan Pn Atikah.
Selamat Bergaya dan Beraga.
© 2015 S.N.A.P. Touch Photography
Tiada ulasan :
Catat Ulasan