Ahad, 20 Disember 2015

Sut ... Nampak Awesome 5 - My Full Set of Perfect

Di pejabat hari ini saya melayan emel-emel  pejabat dan peribadi.  Buka semuanya. Emel rasmi di 1GOVUC dan peribadi di gmail.  Seperti biasa emel kerja saya utamakan dahulu meskipun dari dalam tablet sendiri.  Semestinya, SPAM emel lah yang berlambak dalam emel-emel rasmi dan peribadi.

Takpayah la cerita emel rasmi yang banyak berkaitan dengan tugas dan kerja hakiki harian. 

Mata saya terpandang pesanan ringkas melalui emel.
“Salam Tuan,
Saya ingin bertanya :-
1. Tuan ni Consultant ke?
2. Set Necktie, Cufflinks dan Pocket Square (Hankies) yang Tuan letak dalam blog tu     menarik la, mana boleh dapat ?
Tolong nyatakan nama kedai atau alamat online nya.”

Isian blog ini juga adalah sambungan dari Isian sebelumnya iaitu  Sut ... Nampak Awesome 4 - Kalau Kena Cara Memakainya yang juga di nanti oleh seorang kawan untuk cheritera seterusnya.


Memang pendek dan padat bukan.
“Tuan ni Consultant ke?”  soalan pertama yang dikemukakan.

Jawapannya, Saya bukan Consultant.  Dan, isian blog adalah berasaskan pengalaman dan apa yang saya gunapakaikan untuk acara-acara harian, mingguan ataupun bulanan.  Kadang-kadang tahunan.

So isian saya banyak berkisar pada pengalaman, perbualan dan penjelasan yang saya berikan dan diberikan pada dan oleh sahabat dan rakan.  Fakta-fakta berasaskan kepada Pekeliling-pekeliling dan Arahan-arahan Kerajaan  (sekiranya ada).  Ada juga melalui pembacaan buku yang saya beli, nasihat pakar yang berkaitan dan bacaan secara dalam talian yang lembab selembab-lembabnya. 

Terdapat juga gambar-gambar panduan dan hiasan yang saya gunakan dengan kebenaran sahabat yang mengambilnya.  Forsure, bagilah kredit kan. 

Secara umumnya, dalam mengupas sesuatu yang ingin saya kongsikan, saya terpaksa membaca dan menbaca untuk mendapatkan fakta dan kupasan yang menarik.  Di"rojak"kan dengan tulisan yang lebih santai.
“Set Necktie, Cufflinks dan Pocket Square (Hankies) yang Tuan letak dalam blog tu menarik la, mana boleh dapat ?” Bunyi soalan kedua penulis emel bertanya.
Payah juga nak jawab soalan ni, kalau nak suruh cari di mana nak beli.  Saya cuba mencarinya di sekitar ibukota ke negeri di mana saya duduki termasuk negeri asal saya, tiada yang memuaskan hati saya.  Fesyen dan warna tampak kurang menarik, dan mungkin juga anda dan pemberi soalan tidak ingin memakainya.  Saya cuba ke Mid-Valley, 1Utama, Sogo dan banyak lagi kedai-kedai berjenama di ibukota, namun jawapannya mengecewakan.

Bagi  3 Set Necktie, Cufflinks dan Pocket Square (Hankies) ini :-

Set Necktie, Cufflinks dan Pocket Square (Hankies) – Warna Jingga Putih

Set Necktie, Cufflinks dan Pocket Square (Hankies) – Warna Jingga Biru
Set Necktie, Cufflinks dan Pocket Square (Hankies) – Warna Ungu Pokadot

Ketiga-tiganya saya membelinya secara dalam talian pada harga USD (tak ingat harganya) setiap satu,  di dalam internet.

Manakala, bagi  2 Set Necktie, Cufflinks dan Pocket Square (Hankies) ini :-

Set Necktie, Cufflinks dan Pocket Square (Hankies) – Warna Hitam Merah ZigZag

Set Necktie, Cufflinks dan Pocket Square (Hankies) – Warna Hijau-Biru Pokadot
Kedua-duanya saya beli pada harga RM69.00 setiap satu jerk (semasa GST belum wujud lagi tau),  di Jaya Jusco – 1Utama suatu ketika dahulu. Kalau cari sekarang, entah belum tentu jumpa lagi ke tidak.

Umumnya, semua warna-warna ini menarik perhatian saya dan juga pada mata yang memandangnya.  Elly selaku peneman setia akan sentiasa memberi pendapat kedua berkaitan warna dan penampilan ini.


So, bagi menjawab soalan di mana saya memperolehi Set Necktie, Cufflinks dan Pocket Square (Hankies) ini adalah satu yang mampu saya jawab secara kosmos.  Ianya boleh anda dapati di dalam sesawang internet secara belian online (mungkin juga lebih murah, dari harga di kedai-kedai di persekitaran anda), shopping-shopping complex dan butik-butik berkaitan dengan perkakasan penampilan lelaki.  Terdapat juga set-set ini saya perolehi dari hadiah kawan-kawan yang berkunjung ke luar negara dan ada juga sebagai koleksi buah tangan sendiri semasa melawat di tempat-tempat tertentu.

Puas hati tak dengan jawapan tu ? Harapnya begitu lah.

Selamat Bergaya dan Beraga.





Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...