Khamis, 28 Januari 2016

2016:Aku Gen-X ... (Part 1) - Aku Pun Pakai iPad, Aku Pun Guna Apps Juga

"Note Samsung baru, yer?” tegur orang sebelah saya. 
“Tak, iPad Air 2… Saya suka pakai iPad ni coz senang bawa ke mana-mana tak perlu bawa kertas.” Jawab saya.
"Hai lambang buah epal kena makan suku ni pun dia panggil Samsung Note ker. Alahai….." Hati saya tergelak kecil.
“Tu Apps apa lak tu ?” tambahnya lagi. 
"Apa dia ni tak dengar isu or salin isu mesyuarat ker ?" Hati saya mula membebel. 
Daily Notes , dan yang tadi tu Apps Noteshelf …. Semua saya gunakan untuk kerja dan peribadi jerk.” Saya menjelaskannya serba ringkas, dengan harapan dia berhenti bertanya. 
“Untunglah pandai guna gajet dan Apps terkini, yerk…. Tak banyak nak bawa.” Sambungnya lagi. 
“Yerrrr... Terima kasih. Saya Gen-X, kena tahu semua ni juga, kalau nak bersaing dengan Gen-Y or jangan sampai kita dipanggil dipanggil baby-bummers." Jawab saya sambil menguis-nguis iPad saya dengan PENCIL (stylus) saya.
Berakhirnya mesyuarat saya ke kafe menghirup Nescafe panas sebelum bertolak ke Kuala Lumpur, bertemankan sahabat yang baru saya kenali tadi. Sambil berborak menghabiskan minuman, banyak juga persoalan teman baru saya ini lontarkan berkaitan gajet iPad saya gunakan. So, orang tanya, kena la jawab kan.  Bukannya waktu kerja pun.  

Antara persoalan menarik yang saya ingin kongsikan (ringkaskan) bersama pada Cheritera Kedai Kopi hari ini ialah :-
  1. Apa yang membuatkan gajet saya ini teramat istimewa ?
  2. Apa Apps atau Aplikasi yang saya pilih untuk kegunaan professional saya ?
  3. Apa Apps atau Aplikasi lain yang saya pilih untuk membantu kerja professional saya ?

Dari sembang panjang lebar berkaitan gajet dan aplikasi sebagai akauntan, saya ringkaskan aplikasi kegunaan saya kepada sahabat baru saya ini untuk kongsian bersama.  Saya juga akan menjelaskan kenapa dan mengapa saya memilih aplikasi ini untuk kongsian bersama. 


Antaranya :-
  • Daily Notes
Aplikasi ini saya gunakan untuk mencatat minit perbincangan dan mesyuarat yang saya hadiri. Ianya dilengkap dengan pelbagai kemudahan untuk membuat catatan. Dari tajuk perbincangan atau mesyuarat sehingga ke jenis perbincangan atau mesyuarat. Tarikh dan isi-isi perbincangan dan mesyuarat juga mudah untuk dicatatkan dan disusun mengikut kehendak peribadi pengguna.
Icon Aplikasi Daily Notes
  • Noteshelf

Membawa kertas minit mesyuarat bagi saya cukup merimaskan.  Ianya menjadi agak kelam kabut dan tampak tidak professional.  Aplikasi Noteshelf  ini saya sering kali untuk persediaan ke mesyuarat atau ke perbincangan yang memerlukan minit-minit mesyuarat. Ianya cukup mudah dan penggunaannya hanya memerlukan dengan kombinasi aplikasi Drive dari Google Drive.   
Icon Aplikasi Noteshelf
Apa yang diperlukan hanyalah fail-fail dalam bentul PDF dan disimpan di dalam Drive untuk kegunaan kita di mana jua.  Selepas tu guna la stylus untuk melakukan sebarang penandaan di dalam nota yang kita gunakan.
  • Drive (Google Drive)
Drive merupakan ruang simpanan file online kegemaran saya. Ianya diberikan secara percuma sebanyak 16G untuk setiap pelanggan Gmail.   Ehhhhhh!!!!!!!!!! Percuma ke?  Cuba semak la yerk. 
Icon Aplikasi Drive (Google Drive)
Kebanyakan informasi untuk kegunaan sementara akan saya simpankan di sini dan akan dikosongkan semula setelah kembali ke rumah atau pejabat.  Bukannya apa, takut ada pula mamat hackers yang tak buta IT menyerang nanti. 
"Habis tu, fail kerja pulak simpan kat mana, kalau ianya diperlukan di dalam mesyuarat nanti?" Soalan tambahan sahabat baru saya tadi. 
"SeagateMedia Drive secara wireless.  Dan saya akan bawanya ke mana-mana di dalam bag saya." Jawab saya ringkas.
Icon Aplikasi Seagate Media 
Selain daripada itu, kedua-duanya boleh di”sync”kan dengan mudah dan kemas kini segera secara online dan maya dengan komputer peribadi, pejabat dan gajet kita gunakan.
  • Quip
Ada kalanya, anak-anak dan isteri (secara peribadi), rakan kerja dan pasukan (secara professional) memerlukan perbincangan di dalam sesuatu tugasan dalam bentuk MsExcel atau MsWords.  Quip merupakan aplikasi terbaru yang saya gunakan bersama rakan-rakan kumpulan kerja serta perbincangan perbelanjaan seisi keluarga. Best part perbincangan secara maya dengan Spreadsheet dan senarai keperluan dapat dikongsikan bersama dengan pihak yang kita ingin memerlukan perbincangan dengannya.
Icon Aplikasi Quip
Quip juga mudah di”sync”kan dan dikemas kini segera secara online dengan komputer peribadi, pejabat dan gajet kita gunakan. (As long ada line)
  • Inbox (Gmail)
Kadang kala bila menghantarkan emel atau menerimanya memerlukan ruangan fail yang besar.  Gmail merupakan akaun emel peribadi yang amat besar berbanding dengan akaun emel rasmi yang kita terima daripada tempat kita bertugas.  Aplikasi ini saya gunakan untuk menyemak emel peribadi saya dan kadang kala untuk menerima emel kerja yang bersaiz besar. Tapi andai kata fail yang dihantar bersaiz kecil dan untuk urusan rasmi gunakanlah emel rasmi yang disediakan. takkan la nak gunakan emel peribadi... kan.  
Icon Inbox Oleh Google
Rasanya yang ini tak perlu diceritakan, kerana satu dunia mengetahuinya kan.  Bagi memudahkan kategori emel dengan tidak perlu menyusunkannya semua saya menggunakan Inbox yang disediakan oleh Google.  Ianya juga mudah dikemas kini dengan penggunaan Web Browser Chrome.
  • Dictionary
Aplikasi Dictionary ini saya gunakan sebagai rujukan perkataan dari masa ke semasa dalam membuat laporan kerja dan menjawab persoalan anak-anak saya. 
Icon Aplikasi Dictionary
Aplikasi ini juga tidak memerlukan saya bercerita panjang mengenai kegunaannya. Anak-anak saya pun menggunakannya di dalam iPad peribadi mereka.
  • Calender
Mengatur jadual peribadi, jadual anak-anak, menyelaraskan jadual kerja dan peribadi isteri tercinta dengan jadual peribadi, jadual kerja persendirian pejabat dan kerjaya sambilan sememangnya susah. Kalau saya berjawatan seperti bos-bos (yang kebanyakannya Gen – W kot) saya memerlukan pembantu khas atau peribadi untuk menyusunnya. Namun apakan daya, saya hanya kuli yang makan gaji semata.
Icon iPad atau iPhone - Calender Apple
Bagi saya, perancangan esok bermula semalam atau hari sebelum semalam.  Ini bagi mengelakkan kebertindihan jadual yang dirancang dariu masa ke semasa.  Jadi aplikasi Calender merupakan pilihan saya. Ianya boleh dikemaskinikan menggunakan iPhone, Komputer peribadi dan iPad saya. Malah ianya boleh dikongsikan bersama seisi keluarga menggunakan cloud keluarga. Senang bukan.
  • MyScript Calculator
MyScript Calculator ini pula among my favorite apps dalam pengira. Ianya cukup mudah dengan hanya menggunakan coretan stylus pada skrin iPad atau iPhone, tekan "enter" dan jawapannya akan dipaparkan di hadapan skrin iPad atau iPhone kita.
Icon MyScript Calculator
  • Chrome
Aplikasi lain yang saya suka untuk kegunaan kerjaya saya sebagai seorang Akauntan ialah Web Browser - Chrome. Ianya cukup mudah dan senang berinteraksi dengan aplikasi lain dan aplikasi smartphone, komputer Macbook saya dan PC pejabat saya. Tidak perlu perisian tambahan. 
Icon Google Chrome
  • CamScanner
Aplikasi CamScanner banyak saya gunakan untuk mengambil gambar untuk tujuan perkongsian foto dalam bentuk PDF. Ianya selalu saya lakukan untuk dilampirkan di dalam perbincangan saya bersama rakan sekerja ataupun keluarga.

Syok juga melayan pertanyaan yang diajukan sahabat baru ini, kan? Sampai saya rasa macam jadi Steve Job si Pakar Apple pulak.  Begitulah kehidupan kita, ia sentiasa berubah mengikut peredaran zaman dan kehendak duniawi semasa.

Walau apapun jenama peralatan atau gajet yang kita gunakan, pastikan kita tahu penggunaannya. Aplikasi yang dipilih agar ianya lebih membantu daripada lebih membuntukan kita.

Apa-apa pun selamat membaca...

Just Sharing.... Nanti cheritera lain pulak ek.








Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...