Kadar tukaran asing Ringgit Malaysia berkisar pada purata RM4.3+++ berbanding dengan 1USD sehingga isian blog ini diterbitkan. Harga minyak di pasaran dunia pula sungguh menjengkelkan malah tidak langsung memberangsangkan.
Risau juga. Apa tidaknya, parah juga la nak beli barang-barang untuk kegunaan sendiri, sekiranya kadar tukaran matawang semakin merundum. Begitu juga bila keadaan ekonomi negara yang semakin parah.
Tahun 2016 ni banyak juga perlu dirancang untuk memiliki sesuatu yang kita idamkan. Maybe kena kerja sampai ke 3 atau 4 jenis pekerjaan kot. Kalau bagi seorang yang tak merasa susah bekerja maybe la kot, senang je nak cakap yerk. Tak kena ke batang hidung sendiri seronok la cakap. Cuba kalau hang dok kerja makan gaji berpijak di kaki sendiri. Merasa la juga. Apa-apa pun, andai kata kita inginkan sesuatu, sesuatu juga perlu kita rancang dan lakukan. Bukan dok sengih masuk lif kata itu ini.
Antara yang difikirkan untuk saya usahakan untuk memilikinya :-
- Beg Pelbagai Guna
Ozone 75 Convertible Oleh Osprey Pack |
- Pouch Sukan
Hydration Belt Oleh Fit Harmony 365 |
- Lensa Nikon 70-200mm f/2.8 VR II (Menggantikan Nikon 70-200mm f/2.8 VR - yang bermasalah)
Lensa 70-200mm f/2.8 VR II Oleh Nikon |
- Lensa Kreatif
Edge 80 Optic Oleh Lensbaby |
- Bateri Macbook Pro 13" (Menggantikan Bateri MacBook Pro saya yang dah mati katanya)
Bateri Macbook Pro 13" |
Namun, setiap angan perlu diazamkan dengan strategi dan usaha. Kalau tak.... angan pun entah ke mana, cita pula hujungnya entah tiada. Semoga segalanya berjalan lancar seperti biasa, melalui usaha yang halal dan bahagia. Insya Allah.
Semoga saya berjaya... kan. Amiin....
© 2016 S.N.A.P. Touch Photography
Tiada ulasan :
Catat Ulasan