Bila anak-anak sakit, mood kerja akan berkurangan. Begitulah realitinya. Darah dan daging mereka adalah jenis dan mempunyai DNA yang sama dengan kita.
Hari ini, Ariyana Yasmin (Yana) demam lagi. Sehingga jam 10.00 malam tadi, suhu badannya agak panas sehingga ke 38.5 darjah celcius Batuk-batuk, kahak terlalu mengganggu serta menyukarkan pernafasan tidurnya. Dengkuran sekecil ini tampak seolah-olah melangkah usianya. Maha SuciMU Ya Allah, atas dugaan ini.
Ariyana Yasmin Demam Lagi (21 Sep 2011) Foto : 'theFLAME Goes Shooting © 2011 |
"Ariyana… Ariyana…" hati kecilku mengeluh.
Kadang-kala kita rasa, kita sepatutnya demam atau sakit kerananya. Biarlah sekecil sihat bergerak, dan kita dibebani sakit mereka.
Lemah juga melihat anak-anak sakit sebegini. Rasa menyesal juga ke kursus meninggalkan Ariyana kesakitan terlantar di katil kecilnya. Entahlah….
"Dugaan wajib kita terima, demi esok yang lebih mencabar." hatiku menenteramkan diri.
"Semoga Ariyana esoknya sembuh, sebelum Elly ke kursus nanti." mulut saya memanjatkan doa.
Esok, kemungkinan Elly cuti lagi bagi memastikan kesihatan Ariyana dan E'ZiQ lebih baik dari hari ini. Kalau ianya belum menampakkan kekebahan lagi Jumaat ini, giliran saya menanti untuk bercuti.
"Rakan sepejabat ? Hmmmmmmm entah tahu ke tidak, kerana mereka tidak akan teringin untuk memikirkannya." hati saya menyapa kembali.
"Apa yang mereka tahu…..? Entahlah….. biarlah segalanya, kita sendiri memahami." hati saya menghilangkan gundah gulana, dan menutup mata menyepi.
Salam dari saya,
'theFLAME Goes Shooting© 2011
Home Sweet Home
|
Jam 11.45 Yana Bangun lagi… Bagi minum susu, tak nak… aduhhhhhhhh. Dari siang tadi x nak minum susu atau makan nestum.
BalasPadamJam dah 12.30 tgh malam : Yana masih merengek…. isap puting jerk.. susu dah suap pakai sudu pun x nk minum.
BalasPadamJam 1.30 pagi : Masa untuk tidor…. Yana dah tak merengek lagi. Esok maybe ke klinik untuk amik nubilizer utk yana…. Takut melarat jadi Asma.
BalasPadamAmiin.