Rabu, 21 September 2011

Kerja, Klinik Kakitangan & Mengantuknya

"Alahai siannyer.... Dia!" kata misi SN U29 Siti Nadiah yang bertugas dan comel molek hari ini.
"Dah berapa hari demam, Tuan?" sambungnya lagi.
"Dah lebih kurang 5 hari." Elly menjawap.
"Seorang lagi ni, demam juga ke?" tanyanya lagi.
"Ye!!!! Batuk-batuk dan demam dah seminggu." sambung Elly.
Layanan ini cukup melegakan hati saya, walaupun doktor belum hadir lagi. Keadaan yang agak sunyi di Klinik Kakitangan membuatkan saya mampu mendengar jatuhan jarum peniti di atas lantai.

Kelihatan di hujung sana mundar mandir para ketua jururawat dan jururawat ke sana ke mari menjalankan amanah mereka.  Sesekali kedengaran bunyi deringan telefon memecah kesunyian, diselang seli dengan ketukan tapak kasut para misi bertugas di Wad Klinik Kesihatan Kakitangan Hospital.

---o0o---

Rawatan bermula pada jam 8.30 pagi selepas pendaftaran pada jam 8.00 pagi tadi. Emran Haziq yang petah bercakap selesai mendapatkan rawatan pada jam 8.40 pagi selepas sedikit pemeriksaan kecil pada dirinya. Ariyana pula, terpaksa melakukan pemeriksaan yang agak lama, termasuk pemeriksaan darah sehingga jam 9.00 pagi.
"Atas nasihat professional saya, saya nasihatkan Ariyana ditahan di Wad, sekiranya pihak Tuan dan Puan bersetuju.  Namun, pilihan kedua ialah saya bekalkan ubat pecak kahak bagi memastikan situasi kesihatannya dapat dikawal." kata doktor bertugas.
"Kalau boleh Emran Haziq dan Ariyana diasingkan di antara satu sama lain, bagi memastikan sakitnya lebih cepat kebah dan sembuh." sambung doktor bertugas lagi.
"Okey… boleh ambil ubat, dan balik…. pastikan kedua-duanya banyak berehat." pesan doktor mengakhir sesi pemeriksaan. 





Keletihan mula terasa bila melayan mata yang mengantuk sambil menunggu nombor mendapatkan ubat anak-anak.
---o0o---
Setelah menerima ubat jam 10.30 pagi, saya kembali ke pejabat untuk menyiapkan tugas.
"Mengantuknya….." hati saya mula merasai kemalasan hari ini.
---o0o--- 
"zzzzzz……." itulah yang terpaku di hati saya.
Selepas menghantar Elly dan anak-anak balik, amanah tugas disambung semula untuk hari ini.

Aduhhhh kerja…. oh kerja.  Esok ada lagi.

"………. Malasnya." hatiku mula memberontak.

'theFLAME Goes Shooting © 2011


Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...