Jumaat, 23 September 2011

Ariyana, Still Not Okey

"Yaa Allah, Maha Suci ENGKAU yang satu, sihatkanlah Ariyana Yasmin secepatnya. Semoga kesihatannya sentiasa terjamin oleh MU." hati saya memanjatkan doa.

Lawatan pagi ini, sungguh mengembirakan. Ariyana, senyum dan gelak dengan puting nyonyotannya. E'ZiQ pula tergelak riang, setelah semalam merengek mencari mamanya.

"Syukur …. Alhamdulillah. Ariyana kembali pulih." hati nurani saya memanjatkan kesyukuran.
"Syukur…. Nyenyak juga tidur mu." sambung hati saya lagi.
"Harap-harapnya kesihatannya kekal, sihat selalu." hati saya menambah lagi.

Ariyana Tengah Tidur Selepas Mendapatkan Dos Nubilizer
Foto : 'theFLAME Goes Shooting © 2011
"Papa, bila Yana nak balik?" tanya E'ZiQ.
"Semoga hari ini, E'ZiQ…. lama dah rumah sunyi dengan tangisannya." jawap saya pada E'ZiQ.
Gundah gulana juga hati, melihat Ariyana yang agak pasif sedari hari Selasa lepas.  Risau juga bila, hanya ubat pecah kahak yang saya terima dari Klinik untuk kesihatannya.

Ibu mana yang tidak termenung memikirkan kesihatan anaknya.  Ayah mana yang gembira bekerja bila anak comel kesayangan, merengek-rengek di atas katil wad sambil terbatuk-batuk keletihan.  

Akhirkata, hari ini dari papa…."Semoga dirimu sihat selalu… Ariyana Yasmin."

Dari Papa,
'theFLAME Goes Shooting © 2011


Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...