"Mmmm…. lama tak update blog. Sure orang kata apa dah jadi dengan blog ni…." hati saya memecah kesunyian kesunyian pejabat pagi ini.
"Sibuk!!!!…. Standardlah…" jawab bibir saya sendiri.
Kesibukan ini banyak mencabar kehidupan saya sebagai seorang photoblogger dan professional. Di sudut itulah keluarga perlu diutamakan, dan di sudut itulah juga kerjaya perlu ditekankan. Sana-sini penuh dengan kerenah kerjaya, keluarga, anak-anak dan kerjaya-kerjaya peribadi.
"Alhamdulillah….. kudrat masih gagah." hati saya bersyukur kepadanya.
"Alhamdulillah….. nyawa masih ada, kerana hari tua." sambung hati saya lagi.
"Alhamdulillah….. akal saya masih ligat memikirkan strategi-strategi kehidupan." hati saya menoktahkan diri.
….o0o….
Habis cheritera itu.
"Noktah…"
….o0o….
Bait-bait teka-teki ini memecah kesunyian hati sepanjang perjalanan pulang dari kerja hari ini.
Satu …. banyak-banyak,
Dua …. sedikit-sedikit,
Tiga …. kadang-kadang,
Empat …. jarang-jarang.
"Abstraknya jawapannya, Nujum Pak Belalang ….." hati saya memuji kebijaksanaan Pak Nujum yang bernama Nujum Pak Belalang.
"Tapi……. jawapan tu 'Old Fashion Way' betul." bingkas pemberontakan hati saya.
"Adakah jawapannya 'Kahwin'…. Memang 'Old Fashion Way' betul." hati saya bertanya lagi.
Saya cukup menghormati kritikan yang diutarakan para sasterawan yang antah-berantah nama dan alamatnya ini. Tidak lupa juga jutaan "Terima Kasih" di atas kreativiti pelakonnya yang cukup agung di mata dunia. Saya akur dengan jawapan mereka. Cukup sinis dan puitis, kritikan yang diutaranya mereka. Hebat sungguh mereka-mereka ini.
Dalam diam pemanduan hari ini, hati saya berkecamuk dengan bantahan. Hati saya mula memikirkan tentang jawapan yang lebih moden dan selari dengan zaman. Jawapan 'Kahwin' sudah tidak sesuai dengan zaman dan hari ini. Ia tidak sinonim lagi dengan peredaran masa.
Perjalanan saya dihentikan dengan deringan panggilan telefon Elly mengingatkan saya untuk membeli sebuku roti untuk sarapan pagi esok.
Setelah membayar barangan yang dibeli, saya terus berlalu untuk pulang.
"Lu keleja apa ahhhhh…. " tanya tokey kedai tempat saya membeli roti.
"Apa pasal tokey…" saya memalingkan muka ke arahnya.
"Lu itu hali, bawa kamila…., ini hali pakai smart…. hali sabtu sibok jawap call pasal akaun." sambungnya lagi.
"Ohhhhhh …. saya kerja sebagai Chartered Accountant untuk agensi kerajaan la tokey, kadang-kadang shoot gambar hujung minggu kalau tak ada kerja-kerja perundingan perniagaan." jelas saya lagi.
"Oooooh …. itu macam ka ? Lespek la lu kawan, manyak kileja, tarak lamai olang Melayu buat… ooooo. Tiga keleja untuk satu olang. Manyak cepat kaya." jelasnya lagi.
Berlalu dan menghidupkan injin D-Max, saya masih tercari-cari jawapan teka-teki.
"Profession atau Kerjaya." hati saya memecah kebuntuan.
"Ya….. Profession atau kerjaya, itulah jawapannya." mulut saya melafazkannya.
"Justifikasinya, cukup mudah. Hari ini ramai di antara kita yang mempunyai satu pekerjaan, demi untuk sesuap nasi buat keluarga. Namun, sedikit sekali yang mempunyai dua profession atau kerjaya dalam kehidupannya. Ala…. Kerja 'Part-time' kata orang hari ini. Begitu jugalah dengan tiga profession yang hanya kadang-kadang sahaja berlaku pada diri setiap individu. Apakan lagi empat profession dalam kehidupan mereka." mulut saya menjelaskan hati sunyi saya.
Syukurlah…. apek kedai tu memberikan idea tentang jawapannya. Syukur….
Kenapa saya katakan begitu ? Kerjaya merupakan punca keceriaan dan kehidupan hari individu hari ini. Tanpa pekerjaan kita segalanya tiada. Ini termasuklah harta, keluarga dan kehidupan. Rendah diripun mula menguasai diri dengan tiada pekerjaan.
Ini berlaku pada diri saya sendiri suatu ketika dahulu. Rendah diri menguasai diri dan malu pula beraja di hati.
Begitulah kehidupan….
Apa-apa pun jawapannya, ianya cerita Nujum Pak Belalang sinonim dengan masa dan ketikanya. Hebatnya para sasterawan yang mengangkat cheritera sebegini.
Fikir-fikirkanlah…..
'theFLAME Goes Shooting © 2011
thePHOTOblogger
Tiada ulasan :
Catat Ulasan