Cuti dan Kursus
Dua hari lamanya saya menghadiri kursus di Dewan Serbaguna, Aras 8, Blok E7, Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Penat, mengantuk letih dan sengal-sengal sendi jadinya. Dua hari juga lamanya saya meninggalkan pejabat (tidak dicampur dengan cuti 3 hari menemankan Aina Yasmin mengambil peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan Seri Kundang, Rawang dalam keadaan kurang sihat.)
Sabar jer la.
Dalam kesibukan untuk keluarga, saya juga dihujani dengan panggilan tempat kerja yang "pok-pek-pok-pek" tentang kerenah kakitangan (yang saya "no comment" dengannya) saya. Entahlah, mungkin saya rasanya memerlukan "malaikat dari langit" dalam memastikan apa-apa kerja dapat diselesaikan mengikut kehendak Pegawai Pengawal (Pengarah). Hari ini kemalasan melayan layangan komen-komen dari semua pihak kepada saya. Dikata, dinasihat, ditegur dan di "apa-apa" pun ianya tetap sama. Al maklumlah kita bukannya, orang lama…. mereka "hebat" boleh menjawap segala pertanyaan kuiri Biro Pengaduan Awam dan Audit. Biarlah komen-komen itu mendatang, bak kata hati "Kalau dilayan terus ….. kita yang bermati-mati untuk perubahannya, akhirnya kita juga yang mati kerana perubahannya."
Telefon Bimbit
Panggilan dan pesanan yang banyak memasuki ruang udara telefon bimbit menunggu pelbagai jawapan dari saya. Namun, segalanya tidak terjawap dan terbalas kerana bil-bil telefon belum berbayar untuk bulan Sep 2011. The End….. kena bar!!!!!!!!. Bila disemak…. mak oiiii dah sampai RM207.00 juga banyaknya untuk dua bulan. Peroblemnya, bila tidak dibayar atau menunggu bulan seterusnya utk dibayar….. kalau ada panggilan kecemasan yang saya ter"missed" call, menyusahkan. Apa tidaknya, saya terpaksa mencari telefon awam untuk membalas panggilan yang diterima.
Anak Sakit
Elly hanya mampu menghantar pesanan ke telefon bimbit saya, dengan menyatakan Ariyana Yasmin demam panas lagi. Walaupun bil telefon telah dibayar seawal jam 2.45 petang. Namun, telefon bimbit masih belum boleh digunakan. Tunggu juga la.
Setelah tiba dari kursus (di Putrajaya), saya terus mendapatkan Ariyana untuk menyapa senyumannya. Panas rasa badannya dan memerlukan bujukan rayu untuk ditenangkan.
Setelah tiba dari kursus (di Putrajaya), saya terus mendapatkan Ariyana untuk menyapa senyumannya. Panas rasa badannya dan memerlukan bujukan rayu untuk ditenangkan.
"Tak apalah…. pengajaran juga bagi saya." kata hati saya.
"Apa-apa urusan kita perlu sabar, dan mengaturkannya mengikut kebaikan yang ada." tambah kata hati saya.Kesimpulannya, hari ini sememangnya mempunyai pengajaran tersendiri.
'theFLAME Goes Shooting© 2011
Menungan di 3 hentian
|
Tiada ulasan :
Catat Ulasan