Acara ini datang kembali bagi tahun 2011 (bermula pada 08 Sep 2011 hingga 11 Sep 2011). Syukur kehadrat Illahi swt, saya diberi peluang sekali lagi ke persada gelanggang 3Q kepunyaan sahabat saya Qabil Ambak untuk aksi-aksi para kesatria berkuda dalam menjulang nama negara. Pelbagai limitasi, seperti kesibukan kerja, mewujudkan halangan kecil kehadiran saya pada keseluruhan tempoh pertandingan mengangkat nama kesatria berkuda ini.
Maaflah di atas kekurangan gambar-gambar pada kali ini. Apa-apa pun, syukur saya panjatkan padaNYA, kerana saya semakin dewasa dalam memilih Angle, Komposisi, Tone, Kelajuan Shutter, Warna, Exposure dan banyak lagi. Terima kasih di atas teguran-teguran membina semua.
Ada juga segelintir jurufoto-jurufoto sukan Equestrian yang menghidangkan tawaran untuk berkerjasama dalam pengambaran kali ini (sama seperti tahun-tahun sebelumnya). Malu jua rasanya, dengan penghormatan jurufoto professional yang banyak membuka peluang dalam menjadikan saya seorang yang terbaik.
Buat yang menawarkan kerjasama…. "Seluhur TERIMA KASIH Buat Sahabat Atas Penghargaan Ini."
- Kamera : Nikon D3s
- Lensa : AF-S VR Zoom-Nikkor 70-200mm F/2.8G IF-ED Lens
- AF-S Teleconverter TC-17E II, dan
- Manfrotto Monopod 680B
---o0o---
Kebenaran dan kepercayaan saban tahun yang diberikan tidak saya lepaskan. Ia juga cukup membuatkan saya berasa bangga bersahabat dengan mereka para kesatria berkuda negara, malahan luar negara. Bukan kerana nama-nama mereka yang bersinar bak bintang kejora di waktu pagi, tapi kepercayaan dalam memberikan peluang kepada saya dalam mengabadikan sentuhan saya di arena mereka.
Aksi Terbaik Kesatria Berkuda Penunggang : Andika Jamaludin Foto : 'theFLAME Goes Shooting © 2011 |
Aksi Kesatria Manis Penunggang : Natalya Wah Idris Foto : 'theFLAME Goes Shooting © 2011 |
Aksi Si Cilik Kesatria Berkuda Penunggang : Daniel Chen Foto : 'theFLAME Goes Shooting © 2011 |
---o0o---
Tahun 2011 ini, saya hanya bertemankan Joe Hariz dalam setiap coretan-coret aksi kesatria berkuda, tanpa kalibat Elly Salleh sebagai Second Shooter & Emran Hakim ('theFLAME Junior) sebagai Third Shooter.
Pelbagai cabaran (halangan) juga saya lalui dalam pengambaran kali ini. Antaranya :-
- Kesukaran mendapat Angle terbaik dalam setiap sentuhan.
- Dikatakan mengganggu tumpuan Kesatria Berkuda, dalam mendapatkan Angle terbaik.
- Diarahkan beralih tempat dari tempat yang terbaik, kerana pihak tertentu ingin mengambil tempat tersebut.
Apa yang jelas pengajaran yang terlalu dan cukup banyak telah saya pelajari.
Akhirkata dari saya, saya tidak akan mengepak di atas kelebihan dan kematangan ini. Buat sahabat, riders dan photographers yang meminati foto-foto sukan saya…. Terima kasih atas penghargaan ini, jom bersama di aksi kesatria yang mendatang.
Salam dari saya, buat semua…..
'theFLAME Goes Shooting © 2011
Pemburu Kesatria Berkuda Negara
|
Tiada ulasan :
Catat Ulasan