Aidil Fitri 1432H mencoretkan pelbagai keriangan bersama keinsafan. Dalam kita menyambutnya, kemaafan sentiasa di pohon demi sebuah persahabatan dan persaudaraan.
Tahun ini, kami sekeluarga tidak mengadakan "Rumah Terbuka" Sempena Aidil Fitri 1432H, kerana :-
- Memastikan tumpuan kepada Aina Yasmin lebih kepada UPSR yang bakal tiba.
- Tiada pembantu rumah (Yang kena fired, kerana kedegilannya mematuhi arahan) yang membantu pengurusan majlis.
Apa-apa pun ceritanya, segala kunjungan kami kepada saudara-mara, sahabat-handai dan rakan taulan yang jauh dan dekat tidak akan kami lupakan, terutamanya yang telah berziarah ke rumah kami pada setiap kali perayaan-perayaan sama ada tahun ini mahupun di tahun-tahun lepas.
Dengan tema lawatan "Sekecil Perjalanan, Sejuta Kemaafan, Bersama Wadah Keriangan" kami menyusur Negeri Selangor ke Kuala Lumpur atas nama persaudaraan dan persahabatan.
Alhamdullilah, segala perjalanan agak lancar. Terima kasih bagi yang bersusah payah menjemput kami, melalui e-mail, Facebook dan SMS. Bagi yang tak terkunjung kerana laluan yang tersasar dari perancangan perjalanan kami.
Banyak pengajaran yang kami pelajari sepanjang perjalanan ini, pengajaran banyak saya dan keluarga pelajari. Antaranya :-
- Pengukuhan Persaudaraan Jauh dan Dekat.
- Pengeratan Persahabatan Lama Yang Kini Didekatkan.
- Pertukaran Idea-Idea Bernilai Sepanjang Perjumpaan.
- Pertemuan Kembali Rakan-rakan Lama Yang Menghilang Entah Ke Mana.
- Penceritaan Khabar Rakan-taulan, Sahabat-Handai dan Saudara-mara Yang Sudi Berkunjung dan Dikunjungi.
- Penjimatan Kos Perbelanjaan Menyambut Perayaan
Walaupun, setiap kekurangan hanya ditutup dengan cerita keriangan, namun Ziarah Raya, jelas mengangkat persahabatan dan persaudaraan.
Keriangan Ziarah Raya 1432H kami, kami nukilkan untuk tatapan semua sebagai kongsian bersama juadah Hari Raya 1432H tahun ini.
Salam Lebaran, dan terima kasih di atas jemputan, layanan dan juadah yang lazat-lazat belaka dari kami sekeluarga.
'theFLAME Goes Shooting ©
Syawal 1432H
Tiada ulasan :
Catat Ulasan