Ramai yang agak tertanya-tanya tentang "Karpet Sejadah" di sebelah kiri blog ini semenjak semalam. Dan mungkin terlihat ianya dilampirkan bersama pada gambar-gambar hasil sentuhan saya.
Gambar bersama Kod QR Photo : 'theFLAME Goes Shooting © |
Tiada apa yang peliknya, ianya merupakan "Quick Respone Code" atau lebih dikenali sebagai QR Code. Ia merupakan barcode matrik atau kod dua deminsi bagi industri automotif. Ia kini mula popular di kalangan industri malah pengguna internet dalam menjaga hasilan kerja mereka. Umumnya, kod ini dicipta oleh Syarikat Toyota pada tahun 1994. Meskipun, ianya digunakan umumnya untuk melakukan pengesanan peralatan-peralatan perkilangan kenderaan, QR kod telah dipelbagaikan kegunaannya pada konteks yang lebih meluas bagi tahun 2011. Ini termasuklah, alamat-alamat email, laman sesawang dan banyak lagi. Untuk bacaan langsung sila ke laman Wikipedia - QR Code sebagai rujukan.
Kenapa saya menggunakannya ?
- Bagi memastikan hasil-hasil karya saya terjaga dari pengodam-pengodam yang "nakal" yang dahagakan karya seni untuk kegunaan peribadi.
- Agar pengurusan atau urusniaga transaksi tampak professional.
- Mengelakkan penyalahgunaan karya seni, sentuhan saya.
Bila saya memulakan penggunaannya ?
16 Sep 2011
Apa yang terdapat pada kod tersebut (Contoh seperti Kod QR 1 di bawah.) ?
ALL RIGHTS RESERVED.
No part of thi publication may be reproduced, stored in a retrival system or transmitted in any form or by any means, electronic, mechinacal, photocopying, recording or otherwise, without the prior written permission of the copyright owner.
A Halim@Abdul Halim Bin Ismail ©
aka 'theFLAME Goes Shooting ©
aka 'theFLAME Shutter ©
Contoh QR Code yang digunakan.
Kod QR 1 |
Kod QR 2 |
Salam… semoga informasi ini berguna buat semua.
p/s : bukan apa…. saya dah terkena… so, better prepared then nothing.
'theFLAME Goes Shooting ©
Home Sweet Home
|
Tiada ulasan :
Catat Ulasan