Isnin, 27 Jun 2011

E'ZiQ dengan Sandal Crocs : The Bumble Bee Crocs…..

Ketegangan minda hari ini selepas melayan gigi sakit dan gusi yang membengkak, terubat dengan telatah lucu E'ZiQ.  Ianya akan abadi sepanjang kehidupan kami sekeluarga.

Dari semalam E'ZiQ asyik memakai sepasang selipar yang berlainan jenama.  Sebelah kiri dengan jenama "Pooh, The Bear" dan sebelah kanan berjenama "Ben 10".  Bagi yang tidak memahami dan mendalami alasannya, sudah pasti akan memikirkan ia adalah ketidakpandaian atau sifat kelam kabut anak-anak melakukan persediaan untuk membontoti ibubapanya.  Namun, bagi E'ZiQ, ianya mempunyai alasan tersendiri, yang kalau difikirkan jawapannya, sudah tentu besar logiknya.
"Kenapa pakai macam tu?" Tanya Elly.
"Pasal E'ZiQ suka "Ben 10" dan "Pooh, The Bear"." Jawap E'ZiQ selamba.
Tanpa berfikir panjang, kami sekeluarga tergelak besar.

Apa tidaknya…..
  • Tampak macam budak terbiar, tak mampu nak beli sandal.
  • Tampak macam PATI duduk di kongsi, yang hanya pakai sarung apa yang ada.
  • Tampak kelakar kerana warnanya yang sememangnya pelik.  Merah di sebelah kiri, dan Hijau di sebelah kanan.

Namun, itulah jawapan E'ZiQ.  Meskipun agak lucu, tapi menampakkan kematangan si anak kecil ini untuk menguasai segalanya.  Ia nampak kreatif kalau dilihat dan dinilai dari satu sudut yang berlainan.  Rasanya, saya tidak terfikir jawapan sebegitu jauh maknanya bagi seorang sekecil itu.  E'ZiQ ingin  memiliki dua sandal dengan gambar watak animasi kegemarannya di dalam satu masa serentak.  

Jawapan kreatif ini mengingatkan saya pada Komik lama pujaan remaja sekolah tahun 1980-an seperti  "Gila-gila" dan "Ujang".  Bila mana soalan-soalan logik dijawap dengan selamba oleh watak-watak di dalam Komik-komik lama ini.

….o0o….

Apa-apa pun, akhirnya bagi mengelakkan E'ZiQ, saya dan keluarga ditertawakan masyarakat sekeliling, kami singgah di Butik Crocs  Concept Store, di Mutiara Damansara, Petaling Jaya untuk sepasang sandal baru.  Dan, pilihannya adalah sandal berwarna kuning yang lebih menunjukkan tema "Bumble Bee - Transformers."

Crocs Kuning (E'ZiQ panggil "Bumble Bee Crocs") 
E'ZiQ dengan "Bumble Bee Crocs"
E'ZiQ Oh E'ZiQ……

p/s : Elly kata, itulah teknik 'pau' terbaik untuk sandal baru.  

'theFLAME
ThePhotoBlogger.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...