Setelah berehat semalaman (cuti sakit), pagi ini minda saya menterjemahkan agenda terbaru untuk masa depan anak-anak, terutamanya buat E'ZiQ dan Ariyana yang kini usianya baru mencecah 4 tahun dan 4 bulan.
Hasil dari perbincangan bersama Elly semalaman (Gigi saya masih sakit-Pain Killer tak kuat sangat kot.), kami bertekad untuk menamatkan perkhidmatan Bibik Indonesia kami (yang telah berkhidmat selama lebih 4 tahun) untuk selamanya. Ini kerana perubahan perangainya yang telah menampakkan kemalasan dan membosankan dalam segala hal. Tidak perlu diceritakan apa kesalahannya, tapi cukup saya perjelaskan sememangnya terlalu berdozen-dozen, berkilo-kilo, bermeter-meter dan banyak, dan ianya tidak cukup untuk diceritakan sehari semalam.
….o0o….
Pagi ini, sesudah subuh keletihan Elly tampak nyata setelah melayan kerenah anak-anak ke sekolah, saya menghubungi lagi pejabat untuk memohon kebenaran lewat ke pejabat (dan kemungkinan besar bercuti.) Sempat juga saya mendail telefon bimbit menghubungi kakitangan saya bertanyakan situasi kerja. Alhamdulilah semuanya terkawal. Terima Kasih, semua atas kerja sama itu. Tunaikanlah tugas kalian kerana amanah, hanya Allah sahaja membalasnya.
Mmmmm panjang-panjang cerita berkaitan dengan melayan kerenah anak-anak, saya akan kongsikan di dalam post yang lain. Okey.
Cheritera yang ingin saya kongsikan bersama kali ini, rasanya amat berguna buat semua warga Malaysia yang mempunyai Pembantu Rumah Warga Asing, Orang Gaji Warga Asing atau yang lebih dikenali sebagai "Bibik". Ianya berguna bagi mengelakkan isu-isu denda dan penalti yang akan dikenakan kepada Majikan sekiranya, "bibik-bibik" ini buat perangai dan buat hal sebelum tempoh penamatannya.
Isu Hari Ini : Cara-Cara Menamatkan Perkhidmatan Orang Gaji Warga Asing.
Perancangan Keluarga dan Untuk Ahli Keluarga.
- Bagi amaran di atas prestasi kerjanya, secara lisan. (Jangan dera dan pukul pulak, nanti jadi isu mahkamah pulak).
- Bersiap-siap untuk mengajar anak-anak untuk menerima ketiadaannya, termasuk mengajar serba-serbi kehidupan di rumah. Bagi anak-anak yang bersekolah tu ajarkan cara-cara mengemas diri, kerja-kerja ringan dapur dan tanggungjawab diri dan adik beradiknya. Bagi yang masih kecil (bukan bayi), ajarkan untuk dia berani dalam menghadapi kehidupan tanpa orang gaji dan saling bantu-membantu adik atau abang dan kakaknya.
- Uruskan penghantaran dan pengambilan anak-anak yang bersekolah dengan pihak pengangkutan, dengan memastikan keselamatan penghantaran balik anak-anak dari sekolah.
- Bagi anak-anak yang belum bersekolah, uruskan penjagaan yang terbaik. (Sekurang-kurangnya dekat dengan kediaman.)
- Setelah semuanya selesai, tetapkan tarikh penamatan Orang Gaji dan uruskan penghantarannya.
Perancangan Penamatan Orang Gaji
- Belikan Tiket Penghantaran Balik Orang Gaji. (Tak kesahlah tiket apa pun, jangan tiket wayang sudah. Kalau Orang Gaji boleh balik naik beca, beli jer tiket naik beca.)
Syarat-syarat ini adalah wajib dan telah ditetapkan oleh Jabatan Imigresen di dalam kontrak pengambilan Orang Gaji semasa mula-mula kita memohon untuk mengambil Orang Gaji.
Ia juga adalah sebagai bukti penamatan kontrak dengan Orang Gaji, dan sekiranya ia boleh menjadi kes mahkamah, tiket ini sebagai bukti yang kita benar-benar ingin menamatkannya.
- Bawa tiket tu ke Jab Imegren, untuk batalkan permit dia.
Setelah tiket tersedia, tunjukkan tiket tersebut ke Jabatan Imigresen, untuk membatalkan permitnya.
- Iring dia keluar (dari Malaysia) ke Pintu Keluar/Masuk negara.
Tiba pada hari yang ditetapkan, iring dia keluar dari Malaysia mengikut pintu Keluar dan Masuk yang telah ditetapkan. Pengiringan ini adalah bagi memastikan bekas Orang Gaji (dah tamat kontrak, kan) keluar dari Malaysia. Ditakuti juga bekas Orang Gaji berniat untuk menjadi PATI ataupun merancang aktiviti-aktiviti yang tidak diingini. (Almaklumlah…. nak masuk ke Malaysia secara HALAL bukannya senang. Lagi satu kalau dia buat aktiviti HARAM semasa menjadi PENDATANG HARAM ni kan ke kes berat. Silap-silap jadi ayam, bila disemak dokumen oleh pihak berkuasa, nama terakhir yang tercatat dengannya adalah nama Majikan. Jadi "Bapa Ayam" lah kita. Pembekal pulak tu. Hahahahahahaha.)
![]() |
Nak Jadi Orang Gaji, kalau asyik Me"lawa" Jer Bukan Boleh Pakai Pon. (Gambar Hiasan Sahaja) |
- Pastikan Orang Gaji betul-betul keluar dari Malaysia (Sampai ke pintu berlepas dan pemeriksaan Jabatan Imigresen untuk pengesahan keluar.)
Alasannya, sama seperti di atas.
- Apabila segalanya sudah selesai, balik sahaja dan "Jangan Pandang Belakang." (Buat apa nak pandang pun, diapun belum tentu nak pandang balik ke belakang dekat kita.)
PERINGATAN :
Perlu dingatkan :
Perlu dingatkan :
- Penamatan yang sempurna ini, boleh mengelakkan Majikan dari didenda oleh Jabatan Imigresen Negara (Ini termaktub di dalam perjanjian Majikan dengan pihak Jabatan Imigresen, pada mula-mula permohonan untuk mendapatkan seseorang Orang Gaji.)
- Penamatan yang sempurna ini, memudahkan Majikan untuk mengambil Orang Gaji Asing yang baru, bagi menggantikan Orang Gaji Lama yang hampeh, tak boleh pakai.
- Meskipun, penamatan kontrak telah dilakukan dengan sempurna, bayaran Levi tidak akan dikembalikan oleh pihak Jabatan Imigresen. (Jangan pula kita, memandai hendak menuntutnya. Ini juga termaktub di dalam perjanjian Majikan dengan pihak Jabatan Imigresen. Lagi pun, dah Levi namanya, mana boleh tuntut.)
Mudah bukan….. So, itulah caranya, daripada kita asyik memohon cuti dengan Majikan kita sendiri, baik tamatkan sahaja dan hantar pulang.
p/s: Elly kata "Biarlah kita jaga anak macam dulu, hidup juga. Dari bagi bibik jaga, dah jadi macam bibik budak-budak ni, termasuk cara percakapannya, cerita kegemarannya dan banyak lagi."
'theFLAME
ThePhotoBlogger.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan