Isnin, 27 Jun 2011

"Facebook dan Social Networking" Etika Penggunaannya Perlulah Difahami.

Untuk mempunyai ramai kawan dan taulan, sahabat dan handai, "contact" dan "network", talian sosial FACEBOOK salah satu dari jawapan.  Sememangnya "best" dan menarik.  Talian sosial pelbagai guna ini mampu mewujudkan jaringan persahabatan, malah persaudaraan.

Tapi, ramai yang masih tercari-cari etika sebenar ber"FACEBOOK."

Facebook dan Twitter Merupakan Antara 
Rangkaian Sosial Terhangat Masa Kini.

Minggu yang lalu, saya dihujani dengan beberapa e-mail dan inbox FACEBOOK, berkaitan pertukaran dan pembukaan akaun baru saya. 

Ramai sahabat bertanya, "Kenapa saya membuka akaun baru FACEBOOK ?" "Ada masalah ke?"  "Kena banned ke?" (Tapi nama tetap sama bukan.)  Jawapannya, adalah seperti di bawah dan saya tidak mempunyai masalah atau di"banned" oleh mana-mana rakan dan taulan. Ringkasnya, di bawah ini saya nyatakan etika saya ber"FACEBOOK" mungkin boleh dikongsikan bersama untuk kegunaan kita.  Dari etika ini, saya harap para sahabat dan rakan memahaminya.

Bagi saya (selaku penggunaan FACEBOOK (FB)), saya akan memastikan etika-etika berikut dalam menjalinkan persahabatan :- 
  • Tidak men'tag'kan gambar-gambar yang tidak berkaitan dengan rakan atau sahabat di dalam rangkaian sosial ini.  Bayangkan, gambar-gambar "profile"nya dipenuhi dengan gambar-gambar yang tidak berkaitan dengannya.  Kita tidak ingin di'profile'kan dengan gambar seekor monyet, khinzir dan apa-apa yang menyinggung perasan bukan.  (Mungkin tujuan penge"tag" adalah untuk menunjukkan kehebatannya mengambil sesuatu gambar, tapi prasangka tidak boleh dielakkan.  Banyak lagi atititude yang perlu kita jaga semasa ber"FACEBOOK".
  • Sekiranya, saya ingin melakukan 'tag' saya akan menghantar permohonan dahulu. ataupun meletakkannya di dalam komen untuk perhatian sipenerima.
  • Saya tidak akan men'tag'kan iklan-iklan barangan perniagaan yang tidak berkaitan dengan si penerima iklan.  Ini termasuklah iklan-iklan seluar dalam, baju tidur dan peralatan wanita.  Kita perlu memahami bahawa, tidak semua orang menyukainya.
  • Saya juga tidak akan meletakkan iklan, movie atau apa sahaja yang berkaitan atau sama dengannya untuk menarik perhatiannya.  Saya pernah menerima movie yang betul-betul menyinggung perasaan saya, meskipun ianya bersifat kelucuan.  Apa yang penghantar boleh dapat dengannya pun saya tidak tahu.
Persahabatan adalah jaringan 'network' masa depan, kenapa kita musnahkannya dengan sekelip mata.  Hanya dengan sekali 'tag' kita akan putus persahabatan malah persaudaraan.

Jadi tidak hairanlah kenapa sesetengah kita mempunyai lebih dari satu akaun FACEBOOK.  Bukan untuk menipu identiti tapi lebih bertujuan untuk peribadi dan mengelakkan SPAMMING yang kian bertambah.

Buat sahabat-sahabat yang mengenali saya yang telah di'friend'kan di dalam FACEBOOK saya yang terbaru, beretikalah untuk menggunakannya.  SPAMMING akan menyebabkan kita akan kehilangan sahabat.  SPAMMING juga akan memusnahkan kekeluargaan.

Wassalam

'theFLAME
ThePhotoBlogger

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...