Bibik Oh Bibik…..
Tidur saya petang tadi dikejutkan dengan "soksek-soksek" dan "pokpek-pokpek" Elly, isteriku. Elly membebel dan berleter panjang sampai setengah jam pasal Orang Gaji (Bibik) nya. Dari penjelasannya, saya faham sangat keluhan dan leterannya. Saya betul-betul faham dengan kerenahnya yang tidak suka melenting meskipun kerut wajahnya jelas menunjukkan kemarahan, kepenatan dan kepayahan. (Pendeknya, Elly juga seorang Akauntan Bertauliah Awam (seperti saya) yang mempunyai tanggungjawab kepada negara.
Lain pula halnya, mereka-mereka yang bergelar "Bibik" ini. Mereka tak pernah langsung memahami tentang kerjaya dan amanah tugas sebagai seorang pemegang amanah pun. Amanah apa? Amanah dari Tuhannya, dan amanah dari Tuannya. Pendek kata, walaupun mereka ini diajar setinggi petala langit ke-tujuh pun unversitinya, mereka tidak akan faham apa itu AMANAH. Kiralah sedalam 7 lapisan bumi ke 7 lapisan langit tinggi universitinya, malah pengajarnya jutaan Malaikat sekalipun. Mereka tetap sama, mempunyai minda ??????? (Fikirkan sendiri).
"Ala… dah dasarnya bibik." Kata Elly, yang masih membebel di dapur semasa blog ini disediakan.
Sehingga semalam, sebelum bercuti saya telah dimaklumkan pelbagai syarat (termasuk 20 bukti prestasi kerja bibik yang tidak memuaskan. (Kalau kerja pejabat pasti tak boleh naik gaji punya. Kalau belum "confirm", boleh kena buang kerja punya. Syarat dan prestasi ini bukan untuk semalam sahaja, malah setiap bulan, semasa membuat pembayaran gaji ) :-
- Cuti hendaklah dinyatakan secara lisan, kepada majikan dengan justifikasi. (Bukan main pakai bantai SMS atau telefon.)
Justifikasinya mudah, kenapa syarat ini saya nyatakan. Ia memudahkan saya memahami keseriusan permohonan.
Memudahkan perbincangan pengurusan cuti, Orang Gaji dan makluman baki.
- Cuti dirancang. (Bukan main tangkap muat, atur sembarangan).
Cuti yang dirancang, memudahkannya memohon cuti perayaan, di Hari Raya nanti. (Kalau cuti dah habis, macam mana nak cuti perayaan).
Cuti bukannya kalau seminggu 1 hari, sebulan 4 hari dan setahun 48 hari. Dan cuti Raya habis kan semua. (Minda mana dia pakai ni ? Undang-undang mana ni? Undang-undang Rimba kot.)
- Cuti bukannya "Hak" tetapi "Keistimewaan".
Yang ni paling susah nak fahamkan. Agaknya yang membezakan kita dengan orang-orang sebegini ialah kefahaman. Bak kata saya awal-awal tadi, bawalah semua Malaikat mengajar kaum Bibik ni, hampeh tak akan faham apa-apapun tentang cuti. Dia tahu, cuti tu "Hak" yang dituntut kerajaan dia. huhuhuhuhhuhuhu
- Sebelum bercuti, kerja-kerja sepatutnya, hendaklah disiapkan dulu.
Ini juga satu lagi masalah kaum Bibik ni, kalau nak cuti, habis semua ditinggalkan. Rumah tak dikemaskan, Dapur dibiarkan berminyak. Baju anak-anak pakai tangkap muat tak berlipat.
Habisnya, semua kelam-kabut. Yang semput, majikan.
….o0o….
Dalam diam, saya terfikir juga untuk tidak menyalahkan bibik. Tapi, kalau dah naik lemak (selepas saya membuat pemantauan sendiri.), rasanya patut lah dia orang ni ramai yang kena dera dengan majikan. (Macam cerita-cerita dekat surat khabar, e-mail, blog dan You Tube…. tu. Malah siap ada yang kena seterika lagi tu. )
Bibik Oh Bibik…..
Nak dijadikan cheritera berkaitan Bibik, Elly, Anak-anak dan Saya, ikutilah cheritera berikut ( dan jangan lupa untuk menilaikannya) :-.
Pada hari Jumaat (24 Jun 2011) yang lepas, Bibik saya adalah menghantar pesanan SMS berkaitan permohonan cuti pada hari Ahad (26 Jun 2011) di atas alasan ingin menghantar duit ke rumah adiknya di Kelang. Atas pertimbangan kerana adiknya ingin balik ke Medan pada hari Isnin (27 Jun 2011), saya pertimbangkan. Walhal, saya mempunyai temujanji pelanggan untuk kerja-kerja akaun pada hari Ahad berbayar. (Elly sibuk dalam membuat persiapan pembentangan kerja dan mengajar Aina untuk Ujian Setara UPSR yang akan dihadapinya pada hari Isnin.) Namun, atas pertimbangan kemanusiaan dan persetujuan, saya dan Elly sepakat meluluskannya. Berhati perut bukan, walaupun saya sudah nyatakan bahawa syarat-syarat permohonan cuti tidak boleh melalui pesanan ringkas SMS, tidak boleh dilakukan pada saat-saat akhir dan mesti secara lisan terus menerus kepada saya.
Petang Sabtu (25 Jun 2011), Bibik menyatakan tiada kemudahan ke Komuter, minta dihantarkan ke Stesyen Keretapi berdekatan dan memohon untuk bayaran RM400/- pendahuluan gaji. Berhati perut bukan, saya masih lagi mahu menghantarnya ke Stesyen Keretapi Sg Buloh untuk ke Kelang. (Amboiiiiii, saya jadi supir nampak.)
Hari ini (26 Jun 2011), SMS masuk lagi ke telefon Elly. (Itu yang Elly, membebel panjang.) Bibik memohon tambahan cuti, kerana adiknya kemalangan motor dan ingin menjaganya. (Pelanggaran syarat dah.) Saya terperanjat juga, dan dengan rasa simpati ingin bertanya, "Teruk ke?", "Masuk Hospital mana?" "Boleh pegi tengok." melalui telefon dan SMS. Sehingga ke jam cheritera ini di"publish"kan telefon tidak dijawab, SMS juga tidak dibalas. Pelik kan….. Betul ke ni???????. Ke alasan jumpa bofren kot……
Sepatutnya Elly berang, mengamuk, membebel dan berleter. Di tambah lagi, Elly, anak-anak dan saya mempunyai komittmen tersendiri :-
- Anak-anak ada Ujian Setara UPSR. (Dah cakap, kalau esok ada Ujian atau Peperiksaan, tak boleh nak cuti lama. Saya dan Elly kena tengok persiapan anak-anak juga.)
Aina Yasmin, mempunyai Ujian Setara UPSR prestasi bulanan perlukan pemerhatian belajar.
- Elly ada pembentangan ISO Jabatan.
Malam ni perlu menyiapkan persediaan untuk esok, dan esok pembentangannya.
- Saya ada temujanji doktor, berkaitan gigi. (Yang dok sakit dari minggu lepas.)
Nak ke Klinik Gigi untuk rawatan pergigian.
Kesannya,
- Baju anak-anak dan Elly tak digosok.
- Tidak dapat menumpukan perhatian, berkaitan subjek Ujian Aina esoknya.
- Elly terpaksa Cuti Kecemasan.
- Elly memohon pengantian kehadiran pembentangan. (Kalau kes macam ni, prestasi kita masalah ler.)
- Saya pulak???? Silap-silap postponed temujanji kalau dah kelam kabut sangat.
Persoalannya…..
- Kenapalah "bibik-bibik" ni, tak terfikir amanah tugasnya?
- Kenapalah, tidak faham syarat-syarat yang telah dikenakan dan ditetapkan? (Sedangkan bahasa yang saya dan Elly gunakan pun Bahasa Malaysia, dan kalau tak faham Elly boleh terjemahkan ke Bahasa Jawa pun.)
- Mendiami dan menduduki rumah ini segalanya PERCUMA, Bibik tetap ada hati luntuk kenaikan gaji lebih tinggi. (Agaknya, dia ni nak kena caj sewa bilik (kalau dipuratakan bersih RM0.00 gajinya), kos makan minum, kos elektrik, kos air, kos pembentungan dan kos-kos lain yang sepatutnya.)
- Sebut cheritera cuti, kaum bibik hari ini memohon untuk mendapatkan cuti sehari seminggu. Baguslah, kita bagi peluang bibik-bibik ni kerja ikut jam pakai "Kad Kongsi-Kontraktor" dan gaji dibayar ikut jam kerja atau prestasi kerja (biar dia tahu erti kerja sebenar, macam kita kerja.)
- Banyak lagi "bibik-bibik" ni perlu faham…..
Entah la…..
Kami Menikmati Makan Malam Bersama Keluarga Kerana Cuti Kecemasan Orang Gaji. |
Tadi sekembali makan malam, (terpaksa makan malam diluar, kerana nak pastikan Aina belajar sedikit kerana esok Ujiannya) rasanya, satu perjanjian baru perlu disediakan untuk bibik sebegini, dan bibik bijak sebegini terpaksa tandatangan demi masa depan majikan (kot). Pelbagai syarat-syarat lebih ketat akan saya kenakan.
Apa-apapun, bermula dari 1 Julai 2011, dia bakal dibayar mengikut prestasi kerja. Kerja tak buat, tak selesai, ianya dianggap tidak bekerja sehari dan gaji akan ditolak sehari. Eloklah supaya, dikenal apa itu KPI (Key Preformance Indicator). Gaji akan dibayar, sekiranya semua laporan sama ada bertulis atau lisan diterima. (Biar dia tahu kerja kita, kerana prestasi. Tanpa prestasi gaji juga tidak akan dibayar.) Untuk keselamatan. Nak lari tak agaknya…. rasanya tidak…. Cubalah. Nak tengok nak lari ke mana. Heheheheheheh
Fikirkanlah…… wahai bibik.
'theFLAME
ThePhotoBlogger
Hingga ke jam 1.36 pm (27 Jun 2011) : Semasa saya membuat kemas kini blog ini, Bibik masih belum menyatakan :-
BalasPadam1. Bila nak balik?
2. Adik dia dimasukkan ke Wad & Hospital mana.
3. Kami baru balik dari Klinik Pergigian Mansor, appointment dah settle.
4. Aina Yasmin baru balik Sekolah.
5. Emran Hakim baru balik dari klinik untuk mendapatkan ubat sakit tekak.
6. Baru telefon Pelanggan syarikat berkaitan temujanji.
7. Baru je telefon pejabat yang saya terpaksa bercuti, menahan derita sakit gigi.
8. Selesai urusan bank berkaitan, simpanan hari tua anda.
Bibik???? hampeh takde cerita.