Khamis, 30 Jun 2011

Kenapa "Blocked" Number, Kalau Kita Nak Dihubungi Kan Ke Susah?

Entah berapa kali Elly menerima panggilan yang nombor taliannya tercatat "Blocked".  

Entahlah dari siapa.   Kasihan Elly yang dok fikir siapakah pemanggil rahsianya.  

….o0o….
Gambar Hiasan
Jangan "Blocked" nombor anda dari terpapar di skrin telefon bimbit penerima.  Ianya cukup menyusahkan bagi penerima untuk membuat panggilan semula.

Apa yang ditakutkan dengan nombor anda terpapar di skrin orang yang menerima?
  1. Takut orang mengenali anda.
  2. Takut orang memblok panggilan anda.
  3. Takut isteri/suami penerima menerima panggilan tersebut.
  4. Takut itu dan takut ini.


Jawapannya, "Kalau dah takut itu dan ini tak payah nak call."

Bagi saya berkaitan isu ini, jawapannya "Good Bye!"  Jangan buang masa dengan orang yang suka menggunakan Nombor "Blocked".   Saya beranggapan mereka tidak serius untuk bercakap, bersahabat, berniaga malah berhubungan dengan kita.  Bagi syarikat atau sahabat yang suka nombor sebegini, tak payah buat panggilan la…… Mengganggu privasi orang sahaja.

Fikir-fikirkan……

'theFLAME
ThePhotoBlogger

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...