Khamis, 30 Jun 2011

Yahudikah Kami…………….? Bila Sudah Berkali-kali Ditegur Masih Tiada Perubahan.

"Kalian suami / istri (isteri) gk (gak) lebih mcm (macam) yahudi…"
"Jangan balas…. jangan panjangkan cerita, jangan jadi macam dia pulak." Tegur saya pada Elly.
Untuk memastikan kebenarannya, Elly menunjukkan saya pesanan ringkas yang diterimanya.  Tergelak saya membaca mesej berbaur kemarahan ini.  
"Yahudi???????? Siapa lak macam Yahudi." Hatiku menyapa.
Apa yang dimarahkan sangat?  Nombornya pun Elly dan saya tak kenal.

Mesej Tidak Dikenali Penghantarnya Yang Diterima Oleh Elly
….o0o….

Dipendekkan cerita, saya serkap-jarangkan bahawa, pesanan ringkas ini datangnya dari :-
  • Orang Seberang
  • Saudara-mara Bekas Pembantu Rumah kami
  • Kekasih Bekas Pembantu Rumah kami
  • Rakan Taulan Bekas Pembantu Rumah kami.
….o0o….

Pelik juga kan, bila ada orang menghantar mesej ringkas sebegini untuk melepaskan geram kerana sesuatu yang tidak dia ketahui.  Pelik teramat pelik, bila kita menghantar mesej kepada orang yang kita tidak kenali, ditambah lagi dengan kata-kata nesta sebegini.  Entahla.

Bagi kes kelakar sebegini tidak lah saya perpanjangkan untuk perbincangan.  Cuma saya perjelaskan "Kenapa saya memecat/memberhentikan Pembantu Rumah saya, yang telah berkhidmat dengan keluarga kami selama 4 tahun".  (Itupun setelah berulang-ulang kali ditegur untuk diperbetulkan.) Antara sebab-sebabnya ialah:-
  • Kerja rumah ditetapkan tidak dilakukan mengikut jadual.
  • Rumah (Mainan anak-anak berserakkan di bawah meja dan kerusi) tidak dikemaskan, sedangkan itu tugas Pembantu Rumah.
  • Kemasan bilik anak-anak tidak dilakukan. (Alasannya, kalau dikemaskan, selepas 2 hari ianya bersepah semula.).
  • Cuci baju (Habis menurun warna baju).
  • Cuci pakaian sampai rosak warna. (Habis baju batik "special made" dan "order" aku.)
  • Masak ayam mentah dan masih berdarah. (Sampai abah, tegur dan tidak jadi makan.)
  • Pokok Bunga tidak disiram, sampai kering dalam pasu (Terpaksa beli baru dan tanam semula).
  • Bila menyapu, semua pakai masuk tong sampah, tanpa di"check" semula.  (Habis, butang baju (Cufflink) kemeja hilang, berbiji-biji : mahal pulak tu, ada pulak tu beli kat luar negara.)
  • Rumah (Ruang Tamu, Dapur dan Ruang TV) tidak di"mop".
  • Suruh pakai "Vacum" kata tak pandai, bila pakai penyapu, bawah meja, carpet dan bilik TV serupa tak dibersihkan sebulan.
  • Barang-barang dekorasi, rak-rak dan buku-buku berhabuk seolah-olah tiada Pembantu Rumah untuk mengemasnya.
  • Syiling rumah bersawang, macam rumah hantu.
  • Suruh jaga budak masa tetamu datang, Pembantu Rumah masuk bilik dengan membiarkan Elly melayan anak-anak sambil melayan tetamu.
  • Bila Elly balik kerja, baby dibiarkan, tanpa penjagaan.  Sedangkan Tuan Rumah keletihan dan perlu berehat seketika untuk kerja-kerja seterusnya.
  • Lepas 9.00 malam, tengah kami mengajar anak-anak berkaitan kerja sekolah, Pembantu Rumah masuk ke bilik untuk melayan SMS dengan boy friend.  (Orang bagi telefon bimbit untuk memastikan dia berhubung dengan anak dan keluarga di kampung, bukan SMS boy friend di Malaysia.)
  • Cuti melebih dari cuti yang dibenarkan. (Elly kena buat Cuti Kecemasan berhari-hari.)
  • Permohonan cuti suka dibuat di saat-saat akhir.  Membuatkan semua jadi kelam kabut.
  • Cuti tambahan dipohon tanpa penjelasan logik, hanya dengan SMS sahaja.
  • Dan, banyak lagi.
Betullah kata kawan, "Pembantu Rumah ni, kalau dibagi muka sangat, akan tarik muka."

Setelah 3 hari bercuti, si Pembantu Rumah kami pun balik dengan selamba tanpa rasa bersalah.  Siap meminta Majikan mengambilnya di stesyen keretapi berdekatan.  Saya hanya mampu senyum geram sahaja.  Hebatnya, si Pambantu Rumah kami, apabila diugut akan diberhentikan, tanpa berfikir panjang menjawab dengan SMS dengan beraninya mencabar untuk diberhentikan.
"Saya nak berhentilah Puan, lebihan gaji-gaji saya ambillah buat bayar ganti rugi saya."  
….o0o….

Jam 11.00 pagi, kami bersiap menghantarnya ke Lapangan Terbang Subang.

Di sepanjang perjalanan ke Lapangan Terbang Subang, telefon bimbit Pembantu Rumah kami asyik sentiasa berdering, entah siapa yang menghubunginya.  Bisikan demi bisikan saya dengari, sambil menumpukan kelajuan meter kenderaan agar tidak melebih hadnya.  Dari bisikan kecil jawapan telefonnya, jelas ada jua suara kekecewaan dari pemanggil yang mengharapkannya dihantar pulang melalui Jeti Pelabuhan Kelang.  
"Sorri lah kawan, jauh sangat tu dan berbahaya (bagi keselamatan saya dan keluarga) jika berlaku yang tidak diingini."
….o0o….
"Puan, saya tak ada duit untuk tambang teksi di sana untuk balik ke rumah nanti Puan.  Tak ada ke duit teksi untuk di sana?" Saya dengar luahan si Pambantu Rumah kepada Elly.
Elly senyap dan menjeling kepada saya.
"Mmmmm terbukti, keegoanmu tidak ke mana….. Bila tersepit sebegini, baru bertanyakan bantuan."
Saya berlalu tanpa sebarang kata-kata, entah Elly masih mengasihaninya ataupun tidak, hanya Allah swt sahaja yang mengetahui.

Selamat Jalan Bibik, Selamat Jalan, Semoga Ini menjadi Pengajaran.

'theFLAME
ThePhotoBlogger

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...