Rabu, 29 Jun 2011

"Pemandu Hebat………….." Tapi Lupa Keluarga Tersayang

"Abang…. hon, Abang…., hon, hon, hon…." Kata Elly.
Saya menekan hon dan membrek kenderaan selepas memerhati jalan hadapan bertentangan dan cermin belakang kalau-kalau terdapat kederaan.  Sekurang-kurangnya tidak adalah nyawa bakal melayang.  Apa-apa pun tidak ada orang atau kenderaan yang bakal terperosok di bawah kenderaan yang saya bawa ni.

Alhamdullilah…. semuanya selamat.  Hanya E'ZiQ tersedak Air Milo Ais kerana saya melakukan brek mengejut. Kasihan E'ZiQ, seharian tidak meneguk air tersedak pula.

Pak Aji, pemandu Proton Saga Areoback yang meluru keluar dari simpang tadi, mengangkat penumbuk dan mulut terkumat-kamit.  Saya pun tak tahu apa perkataannya.  Rasanya tasbih seranah juga yang saya terima.  Kalau tidak serapah hamun memuja iblis yang keluar dari mulutnya.  Biarlah…. Jangan dipanjangkan.
"Pak Aji…. Pak Aji…." Hati kecil saya berdetik, sambil menggeleng kepala.
….o0o….
Sepanjang jalan balik, saya terdiam memikirkan :-
  • Adakah Pak Aji (pemandu Proton Saga Areoback), ini tidak memikirkan keluarga yang dibawanya ke?
  • Apakah Pak Aji ini ada lesen ke tidak?
  • Adakah Pak Aji ini mengetahui bahawa, kalau saya tidak sempat membrek sudah pasti dia akan terpelusuk di bawah kenderaan pacuan empat roda saya?
Gambar Hiasan.
Begitulah, rakyatku yang bangga dengan penumbuk sahaja. Bangsaku bangga dengan deruan enjin dan memecut laju dengan kapasiti kenderaan 660cc, 850cc, 1000cc dan 1300cc (kalau tak cukup laju, siap ubahsuai) sahaja. Rasanya, kalaulah Pak Aji ini dah terperosok di bawah pacuan empat roda, nyawa pasti ada yang terkorban.  Pak Aji si pemandu akan selamat, tapi anak-anak di belakang dan isteri di sebelah …….. (entah apa akan jadi).

Buat bangsaku, bangsa Malaysia…. beringatlah.  Kalaupun kita hebat dengan pemanduan kita, ingat-ingatlah keluarga tersayang.  Ingat-ingatlah anak isteri.  Setidak-tidaknya, ingatlah amal kita belum sampai ketahap yang terbaik untuk ke syurga.

Semoga Allah sentiasa memberikanku kesabaran dalam memastikan pemanduan yang selamat.  Semoga anak-anak, isteri dan keluargaku sentiasa selamat.  Amiin.

p/s : Elly suka bila saya lebih "cool" memandu, nampak "macho" katanya.  hahahahahah.  Pandu Cermat, Jiwa Selamat.

'theFLAME
ThePhotoBlogger

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...