"Peliknya, Pak Chot (Bukan Chot Touch-si Jurufoto terkenal tu yer) ni, kerja kerani pun boleh bawa kereta CRV" Elly memulakan cerita.
"Anjakan Paradigma!!!" jawapan ringkas dari saya bagi memendekkan isu.
Elly diam, entah faham, entah tidak.
"Cherita Kedai Kopi….." hati saya bergelora untuk menghebahkannya.
….o0o….
Cheritera sebegini saban hari kita dengari. Di mana sahaja tanpa mengira tempat, di warung, di restoran, di pejabat malah di kaki-kaki lima kedai. Itulah masalah duniawi. Irihati, benci dan dengki. Ngompat-ngompat sahaja tanpa memikirkan secara positif kejayaan seseorang.
![]() |
F.L.A.M.E Shutter :Snap Ahead For A Touch |
Persoalannya, kenapa saya menjawab "Anjakan Paradigma" ? "Anjakan Paradigma" mampu mengatasi segalanya. Anjakan sebegini, mampu mengeluarkan kita dari tempurung kelapa yang selama ini kita duduki. Positif di atas apa yang kita lihat, dan mengelakkan buruk prasangka ke atas orang lain.
Saya tidak mengenali Pak Chot…. namun, saya beranggapan positif yang Pak Chot mempunyai sumber pendapatan lain untuk maju sebegini. Mungkin mempunyai perniagaan membekal makanan, kedai runcit atau kedai makan. Tak kesah sama ada halal ke tidak. Itu perhitungannya dengan "Yang Atas" sahaja.
"Kenapa cerita sebegini saya ketengahkan?" saya pasti orang akan tertanya-tanya bukan.
Jawapannya, adalah cheritera seorang insan bernama "Insan" :
Ringkasnya, ia merupakan satu kisah perjalanan seorang insan seni yang suatu ketika dahulu mula berjinak-jinak di dalam fotografi. Pada mula penglibatannya, kesombongan meninggi rakan taulan menyebabkannya hampir hilang arah untuk mendalami ilmu fotografi. Niat untuk belajar dengan pihak yang arif di bidang fotografi hampa. Kawan-kawan yang adapun hanya mentertawakannya.
Si Insan ini dihujani dengan pelbagai kata-kata tomahan, bangkangan dan negatif yang melemahkannya untuk memulakan sesuatu yang diingininya, iaitu fotografi.
"Tak payah nak belajo-belajo amik gambar…. duduk diam-diam buat kerja sendiri. Aku yang beginipun bertahun-tahun nak belajar, kau pula nak amik tahu." kata si A.
"Insan!!!!….. Kalau setakat pegang komputer jer tahu, tak yah main foto. Main jer Kamera Compact kau tu." kata si B, sambil hati berdoa dengan harapan si Insan kecewa.
"Main kamera ni, susah…. tak yahla." kata si C.
"Ko layan jer kerja akaun ko tu… sibuk nak belajar benda ni buat apa?" si D menjeling dan meninggalkan si Insan ini.
"Iboh layan" hati si E berkata.
Kasihannya, si Insan.
Namun, perlukan si Insan sedekah kasihan. Tidak…. si Insan tidak perlu itu semua. Si Insan berfikir bahawa dia juga mampu terbang lebih tingi dari itu. Formulanya, "Anjakan Paradigma" untuk bersaing secara positif. Kasihannya si A, si B, si C, si D dan si E. Kedangkalan dan keegoan mampu menengelamkan emosi bobrok mereka.
Terfikirkah si A, si B, si C, si D dan si E, "Apabila mereka membantu si Insan, insyallah si A, si B, si C, si D dan Si E mampu mengecapi sesuatu yang positif juga suatu hari dari tontonan bantuan walaupun sekecil zarah. Ini tidak, "Renungan Sampah" dan "Kenduri Doa Lemah Semangat" bagai timbunan sampah keluar dari mulut sahabat yang bernama si A, si B, si C, si D dan si E. Mereka harus menuntunnya, bukan menontonnya, untuk mengecapi sesuatu.
Si Insan, "Anjakan Paradigma"mu adalah yang terbaik di dunia dan akhirat.
Akhirnya, si Insan berlalu dengan kekecewaan. Pergi menyendiri untuk mendapatkan impiannya. Membawa ranah hati kerena mereka. Si A, si B, si C, si D dan si E tergelak gembira, kerana si Insan akan kecewa. Kecewa dan kecewa.
"Padan muka…" kata mereka.
"Tak pe… akan kubuktikan "Anjakan Paradigma"ku juga mampu menghasilkan yang terbaik segandingan dengan kalian." hati si Insan meratapi nesta.
….o0o….
Hari ini, si Insan duduk di kedai kopi bersama si A, si B, si C, si D dan si E. Cuma tambahnya, ada si F dan si G bersama.
"Macam mana nak buat gambar macam ni, Abang A?" tanya si F dan si G
"Tanya si Insan…. malu nak komen la." jawab si A.
"Mmmmm senang tu… setkan ISOnya, EV, Exposure. Objek sebegini…. bla bla bla bla. Dan klik!"
Si F dan si G berlalu dan mencuba.
"Menjadilah Abang Insan…. menjadi la. Rasa macam nak cium jer Abang Insan." jerit kecil si F dan si G.
Si Insan merah padam, meneguk air.
Syukurlah Si Insan kini mampu melakukan yang terbaik setanding dengan si A, si B, si C, si D dan si E. Tidak lokek dengan ilmu. Tidak sombong dengan gaya. Tidak berlebih-lebih meskipun, kini lebih hebat dari mereka. (Sememangnya, lebih baik dari si A, si B, si C, si D dan si E.) Malah, kadang kala si A, si B, si C, si D dan si E juga, sering bertanya dengan si Insan tentang itu ini. Dah terbaik pula ceritanya. Ada pula yang menghujani tag pada si Insan untuk pandangan sana sini di dalam facebook atau twitter dan blog si Insan. Ada juga yang sering mengajak si Insan bersarapan pagi, minum petang atau makan tengah hari, sedangkan dulu mereka lupa pulak pada si Insan makan sendiri selepas ditertawakan.
Si Insan pantas minum, dan minum sebelum balik ke pejabat. Ada kerja akaun nak disiapkan. Nanti marah pula Pegawai Pengawal yang sedang menunggu.
Kasihan Oh Kasihan….. si A, si B, si C, si D dan si E.
Tahniah buatmu si Insan.
….o0o….
Hari ini si Insan, minum secawan kopi lagi …. bersama si A, si B, si C, si D dan si E. Si Insan positif bahawa dia juga sudah sehebat mereka. (Mana lagi kalau tidak Warung Si Botak.)
![]() |
"Anjakan Paradigma" Menjadi Insan Seni Adalah Untuk Terbaik Peribadi. |
Dari jauh kelihatan si Insan tersenyum, memandang ke langit.
Hati kecilnya berkata…. kini aku berjaya. Mereka masih seperti dulu, tidak melakukan "Anjakan Paradigma", mereka tetap masih dan akan di situ selamanya. Aku bersyukur padaMU, kerana aku kini boleh terbang tinggi dari mereka."
"Anjakan Paradigma" mampu mengangkasakan diri, keluarga dan bangsa. Rencahnya hanya keberanian. Sulamannya hanya ketabahan.
Terima kasih, "Anjakan Paradigma" dimana jua kau berada.
'theFLAME : ThePhotoBlogger
Bangi Kopitiam, Sg Buloh
Tiada ulasan :
Catat Ulasan