Selasa, 5 Julai 2011

Cerita "Lensbaby" : Bah 1. (Kenapa Saya Menyukainya?)

Ramai orang menyukai gambar dan foto yang tampak kelainan dari segi hasilannya.   Ini kerana ia mampu membezakan hasilan serta nilaian hasilan kita dengan hasilan orang lain. Insan seni mebaik dalam menilai estatika sesebuah gambar.

Topik yang bakal saya pilih kali ini adalah lebih kepada lens kegemaran saya, lens "Lensbaby" buatan Lensbaby Inc., USA.  Lens kegemaran saya ini telah meng"hujan"kan saya dengan pelbagai pertanyaan melalui lisan, e-mail, SMS dan telefon.  Ianya bukan hanya datang dari rakan-rakan yang baru mengenali saya tapi juga yang telah bertahun-tahun bersama saya.  Persoalan datang dari pelbagai gender masyarakat, usia dan kaum. (termasuk dari Sabah dan Sarawak.)

Ringkasnya, "Lensbaby" telah direka oleh Mr Craig Strong (sempat juga saya ber"email" dengan mamat ni untuk memahami pelbagai perkara berkaitan "Lensbaby" ini) untuk menampilkan kelainan digital kameranya.  Ianya telah pun dipatenkan sebagai salah satu gear dan gadget untuk sesebuah kamera digital.

"Lensbaby" mempunyai lens-lens berikut :-

  • Muse
  • Control Freak

  • Scout

  • Composer

  • Composer Dengan Tilt Tranformer
  
  • Composer Pro


Sekiranya anda berminat dengan lens atau ingin mengetahui cerita lebih lanjut berkaitan dengan lens-lens ini, anda boleh melayari laman Lensbaby.com untuk keterangan lanjut.

….o0o….
"Yang mana satu pilihan saya?"
" "Lensbaby" kesayangan saya adalah "Lensbaby Composer." " itulah jawapan saya.
"Kenapa?"
"Sebabnya, ia merupakan satu-satu "Lensbaby" yang dicadangkan oleh pihak Syarikat Lensbaby Inc. melalui e-mail mereka kepada saya. Selain itu ia tampak kreatif untuk pemakainya.  Lebih berani.  Lebih anggun (bukan mengepak).  Lebih mencabar dan banyak lagi lebihnya."
Optik yang saya pilih untuk "Lensbaby Composer" saya adalah seperti berikut :-

  • Optik Double Glass (Optik standard dan terbaik.)

    

  • Optik Single Glass, Plastic dan Pinhole/Zone Plate
  
  • Optik Soft Focus
   

  • Optik Fisheye


Kebanyakan optik-optik ini memerlukan accessories tambahan seperti berikut :-

  • Macro Kits
  • Wide Angle
  • Super Wide Angle
  • Dan Creative Aperture Kits







Canggih mana pun kamera yang kita gunakan, untuk mendapatkan gambar-gambar yang terbaik dan menarik, latihan-latihan kendiri hendaklah dilakukan dari masa ke semasa.  Tanpa latihan apa yang kita ingini tidak akan dapat kita kecapi.

Saya telah mencubanya… Alhamdulillah ia menampakkan kelainan.  Ada yang mengingatkan, hasilan saya diedit dengan PhotoShop bagi menarik mata setiap penilai.  Namun jawapannya adalah "TIDAK".

Kesimpulannya, Lensbaby mampu mengeluarkan "Hasilan" terbaik bagi seorang jurufoto, termasuk lah jurufoto-jurufoto amatur sendiri.  Credit dan Terima kasih kepada Lensbaby Inc. di atas nasihat diberikan.

p/s : untuk post yang akan datang, saya akan cuba selitkan setiap hasilan Lensbaby Composer saya bersama optik-optik dan accessories saya.  Terpulanglah untuk penilaian anda.  Salam.  Emmmm apa komen anda.

'theFLAME
ThePhotoBlogger

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...