Isnin, 4 Julai 2011

"The Lensbaby Daddy" Sesuai Ke Saya Dengan Gelaran Itu?

Tak habis dengan FJM2011.

Rasa agak janggal pula bila biasa kita dipanggil dengan panggilan 'theFLAME Shutter atau 'theFLAME Goes Shooting, kini menerima satu lagi panggilan.  Antara Suka,  Bangga dan Sedikit Ketakutan bagi saya sendiri.

Contohnya, 
  • Nota dari seorang kawan untuk gambar ini :-  

"Baby Lense Daddy" dari Zuel Ridzuan. Imej Oleh Zuel Ridzuan
Panggilan itu disukai ("Like") oleh Saazreen SabarudinNaNi NaNoShahRulez E-jumpRoket KertasFarid Izzuddin dan Syiera Lotfee.
"Hellow lens baby ♥." pembuka kata salam buat saya.
  • Dan banyak lagi yang saya pun dah tak tahu di mana ia di"attached"kan

Bak saya katakan awal-awal tadi, "Antara Suka, Bangga dan Sedikit Ketakutan."  "Suka" kerana ia suatu penghormatan dari kawan-kawan yang memanggilnya. (Kita dinilai oleh orang lain, tapi bukan oleh diri kita.)  "Bangga" kerana kawan menyukainya.  "Sedikit Ketakutan" kerana ia tampak suatu penghormatan terlalu tinggi untuk jurufoto seperti saya.  Malu juga dengan kangkawan.

Apa-apapun terima kasih atas gelaran ini.  Ikhlas dari saya, ia merupakan satu penghormatan yang tinggi.  Sekali lagi saya hulurkan "jutaan" terima kasih buat semua yang mengangkat nama ini.

Wassalam

'theFLAME
ThePhotoBlogger

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...