Pagi ni (adusssssssss!!!!!) saya kena hantar kedua-dua anak ke Kursus Motivasi, Di Dewan Syarahan, PERHEBAT, Kem Sg Buloh.
Jalan-jalan utama ke Kuala Lumpur di sana-sini di tutup, kononnya semua pihak nak berdemontrasi. Mana NGOnya, mana parti politiknya, masing-masing nak tunjuk hero untuk rakyat. Padahnya rakyat, nak ke sana-sini pun susah.
Jalan-jalan utama ke Kuala Lumpur di sana-sini di tutup, kononnya semua pihak nak berdemontrasi. Mana NGOnya, mana parti politiknya, masing-masing nak tunjuk hero untuk rakyat. Padahnya rakyat, nak ke sana-sini pun susah.
Memandu di musim-musim "Havoc" sebegini cukup memenatkan. Apa tidaknya, kelajuan hanya 1km sejam pun belum tentu kita kecapi.
"buzzzzzzzz!!!!! you have a new message…" gegaran dan bunyi memaklumkan bahawa ada mesej memasuki handphone saya.
"Sapa pulak ni… time-time jem sebegini pun nak hantar mesej." hati saya merungut marah.
"Angkat sajalah…. lagipun kereta tidak bergerak." sambung saya lagi.Tertera pesanan tertulis "Ghazalee Alee has added you as his friend."
"Confirm sajalah. Kalau kaki iklan boleh unfriend kemudian atau block selama-lamanya." hati saya tergerak untuk menerima pelawaan persahabatan.
….o0o…
Membelek-belek biodata ternyata beliau adalah seorang jurufoto sama seperti saya. Tema, saya kurang pasti, namun apa yang pasti beliau adalah fanatik KukuBesi and The Geng (Agaknya la).
Apa yang menarik pada facebook beliau adalah video berikut (Kualiti gambar adalah sederhana, sangkut-sangkut sikit. Nak menonton video ini, sila "Muted"kan Streampad dekat bawah tu dulu yer.):-
diambil dari kukubesi TV
Sememangnya ada benarnya tentang apa yang dikatakan oleh si watak ditemuramah di video ini.
Menjadi jurufoto bukanlah satu yang sekadar ikut-ikutan. Suka-sukaan. Kalau sekadar suka-sukaan baik layan compact sahaja. Kalau kita masih lagi memerlukan wang saku untuk kehidupan tak payah layan peralatan sebegini. Alat sebegini mahal harganya. Bukan puluhan ringgit, tapi ribuan setiap satu, tidak termasuk peralatan tambahannya.
Terima kasih di atas video ini, dan buat rakan taulan, "Hayatilah……"
Salam dari saya.
'theFLAME Goes Shooting
ThePhotoBlogger
Tiada ulasan :
Catat Ulasan