Sabtu, 23 Julai 2011

"O-Flash", Murah Tapi ……. Mampu Menghasilkan Hasilan-Hasilan Foto Terbaik.

Mencuba yang terbaik merupakan satu anjakan paradigma dalam saya terbaik, rasanya.  Semangat ini saya tanamkan di dalam diri yang menjadikan "mencuba" sebagai cabaran diri di dalam pelbagai bidang.  Tidak kiralah….  sama ada ianya bidang perakaunan, bidang kewangan, bidang perundingan, bidang perniagaan ataupun bidang fotografi.

Ringkasnya, saya sentiasa dicabar oleh anjakan paradigma sendiri untuk menghasilkan sesuatu kualiti hasilan terbaik dengan kemampuan serta kreativiti sendiri.
"Abang 'theFLAME sayang….. cabaran kehidupan, harus ditempuhi, meskipun apa saja yang bakal mendatang ataupun bakal melanda bukan." Elly menyampuk dari belakang di kala saya mengeluh tentang cabaran.
Minggu ini, kebosanan saya, dilayan dengan anjakan paradigma untuk menggunakan kelengkapan "O-Flash", SB 900 dan Nikon DSLR D3s berserta Lens AF-S Micro NIKKOR 60mm. f/2.8G ED.  Berkaitan dengan kamera yang digunakan untuk percubaan ini, tidaklah perlu saya perjelaskan panjang lebar baginya, begitu jugalah dengan lens dan flash yang bakal saya gunakan.  

Buat yang tidak mengenalinya, malah tertanya-tanya tentang "O-Flash", saya lampirkan bersama-sama ini gambar "O-Flash" yang telah saya gunakan untuk tatapan serta panduan bersama.

"O-Flash"
"O-Flash", SB900 dan Nikon DSLR D90

Umumnya, para peminat hasilan gambar-gambar "Mikro" dan "Portrait" atau "Portraiture" pasti meminati aksessori "flash" ini.  Kualiti yang dihasilkannya cukup menarik.  Dan, ianya sukar untuk saya terjemahkan dengan sebarang kata-kata.  

Di atas kepercayaan oleh Mr. Desmond Heng dari Syarikat International Camera Service Sdn Bhd saya telah diberi peluang untuk mencuba produk ini.  Secara peribadinya, kualiti gambar yang dihasilkan adalah "the best" dan ianya dijual pada harga yang cukup berpatutan.  Tergelak juga saya bila Mr. Desmond Heng menghubungi saya berkaitan dengan percubaan ini.
"'theFLAME mau cuba "O-Flash" tak?  A bit cheaper than Ray Flash or Ring Flash." Mr. Desmond menghantar pesanan ke telefon saya.
"Okey…. Pucuk dicita, ulam mendatang.  Saya "On" saja. Bila?" saya membalas pesanannya.
"Anytime….. tapi mesti kasi kualiti power punya dan kasi post dan upload masuk blog yerk" balasnya lagi.
"Beres, Desmond …….. bla… bla… bla." saya mengakhiri cheritera kami kerana ada tugas lain sedang menunggu. 
Sesi pengambaran agak ringkas, dan kami hanya berada di kedainya selama 1 jam sahaja.  Hasilannya adalah seperti berikut :-

"The "Wink" Eyes" : Foto Oleh - 'theFLAME Goes Shooting© 
"Finding Ariyana Moment II" : Foto Oleh - 'theFLAME Goes Shooting© 
"Elly's Eyes" : Foto Oleh - 'theFLAME Goes Shooting
"Finding Ariyana Moment II" : Foto Oleh - 'theFLAME Goes Shooting© 
Apa pendapat anda?  Sememangnya, cantik bukan?  Saya tidaklah sehebat mereka-mereka di dalam seni foto portriat ataupun mikro, tapi sememangnya kualiti hasilan dari kelengkapan flash ini mewujudkan faktor-faktor "Wow" pada foto-foto anda.  Cubalah…. anda pasti tidak akan melepaskannya.

Selamat mencuba.

Salam dari saya.

'theFLAME Goes Shooting : ThePHOTOblogger
Home Sweet Home

2 ulasan :

  1. saye pun pakai flash murah gak...Yong Nuo..hahaha...flash ori x mampu beli...mahal giler sehhh.....

    BalasPadam
  2. Heyyyyyyyyyy…. Salam Haris Indera (aka Joe Haris), Thanks for dropping by. Yep Agreed dengan komen tu, nak beli branded pun agak mahal. Tapi kalau mampu nanti pun boleh beli, tapi yang murah jangan dilupakan. Jenama-jenama Nikon dan Canon mempunyai Ring Flash mereka tersendiri. Output memang marvelous….

    Saya ambil jalan tengah…. "10% on Gear, selebihnya on photographer" Kualiti hanya datang dari photographer, but gear banyak membantu tak kira mahal ataupun murah.

    Salam & Terima kasih di atas komen anda.

    'theFLAME Goes Shooting
    Tasik Biru (Layan Teh Tarik dengan Faiz Zaini, lepas shoot event Kundang Jet Ski 2011.)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...