Dalam saya menghadapi kehidupan ini, "mengepakkan diri sambil berkokok ala ayam tambatan Jalak Lenteng" sama sekali tidak saya berani lakukan. Namun, setiap permintaan dari pembaca, sentiasa saya utamakan bagi kepuasan mereka.
Sekali lagi saya nyatakan koleksi-koleksi peralatan ini bukan untuk saya "mengepak" dan saya kata saya kaya atau berkokok saya hebat dalam arena ini. Tidak sama sekali. maaf buat yang suka menterjemahkannya. Semoga anda dipertunjukkan olehNYA.
Dalam saya menghadapi kemaruk pujian atau angkasaan kata-kata nesta suka mengambil jalan tengah :-
- Compo, angle, exposure, tone dan editing saya juga hampeh.
- Saya juga insan yang hanya mampu untuk melakukan "click" semata-mata.
- Syukur kehadrat Illahi saya mampu membelinya secara halal.
- Tanpa menggunakan "kuasa" dan penipuan.
- Saya suka untuk berjalan "Maju Kehadapan, Bukannya Kebelakang."
- Walaupun saya berdengkut-dengkut dalam setiap perjalanan ini.
- Saya bangga dengan setiap sentuhan saya.
- Saya sentuh dengan kehadiran HATI dan RASA.
Sebenarnya, profession sebagai seorang Akauntan Bertauliah, Akauntan Kanan, Jurufoto Bebas, Jururunding Kewangan, Perakaunan dan Perniagaan, Ayah dan Suami serta kadang-kala memetik Yamaha Elektrik, saya sentiasa berfikiran kehadapan. Bak kata iklan Petronas ….. "Jalan Mesti Ke Depan, Bukan Ke Belakang." Saya tidak suka membandingkan orang lain dengan hasilan saya.
Pernah juga saya dilayangkan e-mail dan pesanan ringkas dari pembaca yang menyatakan saya meniru-niru gaya si Polan bin si Polan…. Itu mereka kata, hak mereka dan mulut mereka. Persetan dengan kata-kata itu. Bagi saya, saya percaya saya juga mampu seperti mereka (yang hebat-hebat di arena ini), tetapi tidak boleh menjadi mereka. Ini kerana "Saya adalah Saya, Mereka adalah Mereka."
Buat peminat yang sentiasa menyokong saya dan sering bertanya tentang GEAR saya, saya senaraikan detail gear saya, kenapa dan mengapa. Buat yang telah me"like" kan gambar-gambar di dalam Page Facebook saya "Through The Lens of 'theFLAME", gambar-gambar saya diterjemahkan hasil dari :-
- "Feel" dari pemerhatian saya semasa menggambar.
- Soalan-soalan ringkas yang saya tanyakan terus kepada subjek.
- Soalan-soalan ringkas kepada persekitaran (penonton sekitar).
- Soalan-soalan ringkas kepada isteri saya (Elly Salleh), anak-anak dan keluarga tentang "Feel" gambar yang diambil.
Peralatan Saya.
1. Kamera.
2. Lens
3. Lain-lain
- AF-S Teleconvertor TC-17E II
- SB 900
- SB 600
- Remote Cord MC 36
- Wireless Remote Control ML-L3
- Remote Cord MC-DC2
- iPhone
- MAC Book Pro
- MAC Book Air
- Adobe Photoshop CS4
- Apeture 2, dan
- Lain-lain lagi (rasanya cukup di situ sahaja, okey.)
Umumnya, apa yang saya ingin nyatakan ialah "KITA (SAYA) ADALAH LENSA MASYARAKAT.", mampu menilai persekitaran dengan rasa tersendiri.
-o0o-
Buat semua (yang akan komen, telah komen dan merancang untuk melakukan komen), terima kasih. Sentuhan saya, cuma warna-warni kehidupan saya dan tidaklah sehebat kualiti orang yang terhebat, ianya cuma nukilan rasa pinggaran saya semata-mata sahaja.
-o0o-
Untuk gambar-gambar yang lebih baik dan menarik sila ke flickr saya di link berikut "http://www.flickr.com/photos/ca18761/"
Ok.....Salam buat semua.
'theFLAME : 2011 Where The Street With No Name |
Tiada ulasan :
Catat Ulasan