Khamis, 18 Ogos 2011

Sahabat, Kawan, Sifu dan … (Anda Adalah Segalanya)

Dalam mengharungi dunia fotografi kita mempunyai idola, sifu-sifu, masta-masta, guru-guru (sama ada langsung atau tidak langsung), mentor, penggalak dan pemandu arah dalam setia hasilan kita.  Begitulah juga dengan saya, insan kerdil di bidang yang serba kurang pengetahuan ini.  Tidak malu saya katakan bahawa, keilmuan fotografi ini saya cedok dari nasihat dan idea mereka yang kreatif di bidang ini.

Secara sejarahnya, kemahiran mengambil gambar (tak la mahir sangat, okey) dan fotografi ini bermula pada usia Tingkatan 2 sebagai "jurufoto suka-sukaan" untuk rakan-rakan dan aktiviti-aktiviti ringan sahaja dengan menggunakan kamera filem (Hadiah Abah) jenama RICO-yang hilang entah ke mana dan diikuti dengan kamera kompak (jenama Olympus-dah rosak pun dan Kompak Nikon Siri P).  

Hari ini, demi mendalami ilmu fotografi dan pengambaran ini, saya telah melebarkan sayap saya untuk bermain dengan peralatan kamera DSLR pada jenama Nikon juga, tetapi lebih kepada hasilan digital.

Suatu yang cukup membanggakan bagi diri saya dalam mempelajari ilmu-ilmu pengambaran "still photo" sebegini dari mereka mereka yang sememangnya berpengalaman di bidangnya.  Syukur juga saya panjatkan kepadaNYA, kerana sesetengah ilmu ini datangnya dari mereka-mereka yang merupakan jurufoto professional.  Meskipun ada sesetengahnya mengakui hanyalah jurufoto-jurufoto amatur dan bebas sahaja.

Di atas permintaan para pembaca melalui e-mail, inbox (Facebox serta Page) dan laman web saya, saya memilih nama-nama berikut sebagai mentor, sifu, masta dan jurumudi pembelajaran saya di bidang yang suatu ketika dulu serba asing bagi saya. Antara Sahabat, Kawan, Rakan, Sifu, Masta, dan Super Guru yang banyak mengajar saya erti-erti seni "Still Photo" ialah :-

  • Marwan Bin Mahmud (Tengku)

Ringkasnya, beliau adalah seorang jurufoto sukan professional yang banyak membentuk sentuhan saya dalam bidang fotografi sukan-sukan antarabangsa, termasuk acara-acara melibatkan ahli-ahli sukan negara.  
Secara peribadinya, beliau mempunyai sentuhan terbaik yang saya kagumi di dalam foto-foto sukan berkuda tanahair.  Cuma yang agak menyedihkan bagi saya ialah kami belum pernah digandingkan di dalam mana-mana acara bertaraf antarabangsa secara bersama.
Dari segi perkenalan, saya mula mengenalinya, semasa beliau mengambil foto anak saya (Emran Hakim Bin Abdul Halim) di Hospital Selayang, semasa lawatan Menteri Kesihatan ke hospital tersebut suatu ketika dahulu. (Bukan di dalam acara sukan.)
Salam buat sahabat…. dan juga sifu saya yang terbaik. 

  • Wazari Wazir

Secara ringkasnya juga, beliau adalah seorang jurufoto professional (Jabatan Penerangan Malaysia), yang tidak lokek dengan ilmu.  Beliau kaya dengan idea-idea fotografi dan mempunyai laman web sendiri.  Beliau merupakan seorang jurufoto yang kreatif dan berani dalam mengenengahkan idea-idea baru.   
Umumnya, ramai yang mengenali beliau dan tidak perlu saya bercerita panjang lebar tentang beliau.  
Saya mula mengenali beliau selepas membantu dalam menguruskan tuntutan perjalanan antarabangsa beliau sebagai jurufoto negara dan jabatan bagai lawatan salah seorang orang penting negara.  Saya menilai perwatakan beliau agak kelihatan "low-profile" dan tidak suka meninggi diri.  Tidak banyak perlu saya ulas tentang beliau.   
Dari perbualan ringkas semasa bersama beliau di Jabatan Penerangan Malaysia, beliau tampak percaya dengan keyakinan diri-sendiri.   Kehebatan sentuhan beliau banyak mengangkat semangat juang saya dalam bidang fotografi, terutamanya di dalam sentuhan beliau yang berkaitan foto-foto dan sentuhan gambar portrait kanak-kanak dan keluarga.
Terima kasih sahabat…. yang saya hormati dan tahniah dengan kehadiran ahli keluarga baru.

  • Redzuan Salleh (Tawam)



Saya juga mengenali beliau semasa bertugas di Ibu Pejabat, Jabatan Penerangan Malaysia.  Sebagai jurufoto yang professional beliau juga tidak lokek dengan ilmu-ilmu fotografi. 
Dalam mengenali beliau yang kaya dengan kreativiti serta idea-idea baru di bidang fotografi, saya secara tidak langsung mendalami pelbagai teknik fotografi yang cukup abstrak yang saya amalkan sehingga ke hari ini.  Tema "Fine Art" saya rasa lebih sesuai dalam setiap sentuhan beliau. 
Sebagai seorang jurufoto professional (beliau), saya hanya berpeluang untuk mengenalinya dalam masa yang singkat sahaja.  Namun, apa yang membanggakan saya ialah, dengan sedikit tunjuk ajar beliau saya juga mampu terus terbang meskipun berdekit-dekit di bidang fotografi hari ini.  
Terima kasih, wahai sahabat…. yang banyak menuntun saya ke alam fotogafi ini.


  • Amir KMC 



Perkataan "Masta", "Sifu", Tue" dan "Mu" cukup sinonim dengan beliau.   
Saya mula mengenali beliau semasa bersama-sama berkursus kepimpinan dan Key Preformance Indicator di Negeri Sembilan pada tahun 2007.  Beliau merupakan rakan sebilik saya semasa berkursus di Tiara Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan. 
Celoteh beliau tentang kehebatan rakan-rakan fotografi Jabatan Penerangan Malaysia, banyak mengimarahkan diri saya untuk mendalami seni fotografi ini.   
Beliau juga adalah seorang jurufoto bebas, yang bekerja sebagai kakitangan awam di Jabatan Penerangan Malaysia.   
Hampir seminggu bersama sebilik di kursus tersebut, membuatkan saya berasa teransang untuk dapat mendekati idea fotografi beliau sebagai jurufoto bebas.
Terima kasih sahabat…. kalungan sanjungan ini khas buat mu…. sahabat.

  • Maszuandi Adnan



Saya tidak mengenali beliau tanpa Amir KMC dan Tawam.   
Saya mula rapat dengan beliau apabila bersama-sama makan tengahari di warung tepi jalan bersama Amir KMC dan Tawam.  Tidak banyak yang saya boleh ceritakan tentang beliau, kecuali sentuhan-sentuhan beliau di bidang fotografi dan pembawaan idea-idea menarik sebagai jurufoto professional.  Beliau juga antara jurufoto yang terbaik di Ibu Pejabat, Jabatan Penerangan Malaysia.
Ringkasnya, beliau merupakan pakar rujuk peralatan fotografi yang wajib saya hubungi dalam mendapatkan idea-idea bernas sebagai jurufoto bebas. 
Selain dari itu, beliau adalah seorang sahabat yang sanggup menunggu saya untuk secawan teh tarik kalau ke Ibu Pejabat, Jabatan Penerangan Malaysia.
Terima kasih Wandi…. Salute untuk sahabat.

  • Azman Jumat


Rasanya nama beliau banyak terpampang di minda fotografi di negeri kelahiran saya, iaitu Negeri Sabah Di Bawah Bayu.   
Secara umumnya, beliau mempunyai sentuhan tersendiri dengan idea-idea portrait dan travelog untuk saya fikirkan dalam setiap kerja-kerja fotografi saya.
Saya mula mengenali beliau melalui sentuhan beliau di dalam Facebook.   
Dari segi pengajaran ilmu, beliau merupakan sifu saya tentang komposisi, angle, tone dan manual mode.   
Secara ringkasnya, beliau merupakan seorang jurufoto professional Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sabah.  (Buat pengetahuan pembaca, meskipun banyak idea-idea bernas datangnya dari beliau, sehingga ke hari ini, saya belum berpeluang untuk duduk semeja dan "mengupi" bersama beliau.  Ianya telah saya berulang-ulang kali rancangkan, namun rezekinya belum ada lagi.)
Secara umumnya, beliau juga merupakan pakar rujuk yang wajib saya hubungi dalam mendapat pandangan berkaitan pengambaran dan peralatan pengambaran atau fotografi saya.
Apa yang saya harapkan ialah agar dapat "mengupi" bersama dan melakukan tugasan bersama untuk tambahan ilmu dari seorang yang terbaik. 
Hari ini saya akur dengan masa saya yang sentiasa sibuk dengan tugasan serta amanah di bidang kerjaya sebagai seorang akauntan di jabatan kerajaan.
Terima kasih AJ…. Wave untuk sahabat yang banyak membantu saya.
  • Desmond Heng


Rasanya, kalau saya tidak meletakkan nama beliau adalah menjadi satu kesalahan sebagai jurufoto bebas seperti saya.
Secara umumnya, saya mula mengenali beliau, semasa saya berkunjung kali ke-3 ke kedai beliau di Pertama Kompleks.  
Secara ringkasnya juga, beliau juga merupakan mentor saya di dalam bidang fotografi, terutamanya hasilan-hasilan foto berkaitan menggunakan Lensbaby dan filter-filter Cokin.   Selain dari itu, beliau juga merupakan sahabat saya yang banyak memberikan idea berkaitan lens-lens yang digunakan di dalam pengambaran, teknik dan teknologi-teknologi yang berkaitan pengambaran serta peralatan-peralatan baru yang dipasarkan.
Antara tunjuk ajar-tunjuk ajar, beliau yang menjadi kebanggaan saya sehingga ke hari ini adalah hasilan serta sentuhan-sentuhan menggunakan filter Cokin dan hasilan serta sentuhan yang menggunakan lens Lensbaby.
Terima kasih Desmond Heng dan Selamat Pengantin Baru (Belated), dari saya.
Itulah mentor-mentor, sifu-sifu, masta-masta dan guru-guru saya.  Mereka merupakan yang terhebat.  Isian blog ini serta penghargaan sebegini belum mencukupi membayar ilmu-ilmu yang kalian curahkan.  Saya angkasakan "Terima Kasih" buat kalian di atas tunjuk ajar yang telah kalian berikan.  

Syukur hari ini saya boleh terbang, meskipun saya masih tercari-cari rentak dan tema kehidupan.

'theFLAME Goes Shooting © 
Home Sweet Home


Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...