Saban tahun Aidil Fitri serta Lebaran disambut dengan kesedarhanaan bersama ahli keluarga. Kegembiraan mula terpancar diriak wajah anak-anak dalam persediaan menyambutnya. Syukur kerana kami ditemukan kembali dengan Warna-warni Lebaran Tahun ini. Syukur kepadamu.
Semangatnya jua jelas terasa bila, Elly mengeluarkan sedondonan pakaian baru untuk kami sekeluarga.
"mmmmmmmm cantiknyerrrrrrr!!!!!" Aina menyambar pakaiannya.
"Wewittttttttt….. E'ZiQ, ensem la cam ni." E'ZiQ menyarung pakaiannya.
"Songkok E'KiM kecik la….." E'KiM membetulkan kedudukan songkok.
"Chop…chop…chop… baju papa belum gosok laaaaa…." Elly mula gelabah melihat renyukan baju saya.
Di sudut sana Ariyana meniarap terpinga-pinga gelagat keluarga dengan baju raya. Saya pula tersenyum menelaah gelagat keluarga yang sentiasa kecoh apabila hendak berhari raya.
"dada dada dada dada dadadaddaaaaaa…" Ariyana membebel sendirian.
Apa-apa pun segalanya perancangan tersedia untuk lakonan video raya tahun hijrah ini, tahun 1432H.
"Di sempenaan itu juga, blog kenalah tukar lagu tema, kan….. Nanti dah lepas sebulan, tema lama (Cherita Kedai Kopi oleh Malique (Too Phat)) kesayangan saya akan dikumandangkan kembali." saya mengenyit mata pada isteri tersayang.
Antara lagu-lagu tema blog saya bagi pilihan Lebaran Tahun 1432H Ini ialah :-
- Indahnya Berhari Raya Di Desa - Azlina Aziz
- Pulanglah - Aishah
- Balik Kampung - Allahyarham Sudirman Hj Arshad
- Takbir Raya
- Bisikan Pagi Di Hari Raya - Hail Amir & Sharifah Aini
- Suasana Di Hari Raya - Anuar dan Elina
- Suatu Hari DI Hari Raya - M. Nasir
- Selamat Hari Raya - Kumpulan Artis
- Sepasang Kurung Biru - Khairil Johari Johar
- Kupohon Restu Ayah Bonda - Mamat (Exist)
Kenapa ? Akan saya perjelaskan nanti…. Umumnya, ia adalah tema kami sekeluarga tahun 1432H ini.
Salam Wangi, Seranum Budi, Seluhur Hati dari kami sekeluarga.
'theFLAME Goes Shooting
Home Sweet Home
Tiada ulasan :
Catat Ulasan