Lagu "Pusara Di Lebuhraya" dendangan Ekamatra pagi tadi mengimbaukan saya kepada perjuangan "Anjakan Paradigma" demi sebuah perjalanan. Perjalanan dan perjuangan agar satu perubahan pada suatu kehidupan bangsa. Namun, jelas ia hanya angan, igauan dan mimpi semata.
"We salute on you, sir…. You've did something that never been done." kata seorang sahabat yang datang menyapa saya dalam perjalanan ke pakir pejabat semalam.
"Naaaaaaaah… who and what do you mean by "we", my friend….." jawab saya tersenyum memadamkan stress di minda.
"We like and love your style, Sir. Appreciating for what you have done. I say "We" not "I", Sir…. Personally, we are some silent voter for you." sambungnya lagi.
"Sir, my friends and I suggested that, you have to move …. from your house, pack your things, they will hunt you and maybe burn you, Sir. Actually, facing them not him or her." sambungnya mengingatkan saya lagi.
"It is XXL vs S, sir… ?" sambungnya lagi.
"Thanks…. kawan, Thank for that, we will discuss it on the other farm…. " sambil tangan kanan saya menunjukkan isyarat untuk menghubungi saya menggunakan telefon.
Saya faham maksudnya…. saya insyallah bersedia untuk itu.
….o0o….
"Mmmmmm ….. masih pagi lagi, Guru-guru pun belum masuk lagi." hati saya menyapa kekosongan sendiri, bila Aina dan Emran melangkah masuk ke pintu pagar sekolah.
"Maybe I will be on half day today or EL, Puan. I have some urgent matter, regarding on my kids at their school." saya menghantar pesanan ke pejabat.
"Ok!" jawapan ringkas dari pejabat tentang permohonan saya hari ini.
….o0o….
Perbincangan sejam di pejabat sekolah anak, agak panjang lebar. Dipenuhi dengan pelbagai cadangan dan perancangan terbaik untuk pembelajaran Aina dan Emran.
….o0o….
"Buzzzzzzzzz!" telefon saya mula bergegar diikuti dengan deringan.
"Hello…. This is H….. speaking, siapa tu, boleh saya bantu?" saya menjawab secara formal kerana nombor yang terpapar adalah nombor panggilan dari Putrajaya.
"Okey…. En. H….. kami ada hantar pos laju untuk panggilan Dato' Akauntan Negara Malaysia kepada En. H….. untuk kepastian En. H….. ingin hadir ke, tidak?" tanya pemanggil.
"Fax it over to my personal number at 03-6xxxxxx9, I 'll receive it from there." jawab saya.
….o0o….
Di rumah, saya bergegas segera mendapatkan fax untuk melihat surat yang difakskan.
"Ya Allah…. Ya Rabbiiii… Ya Rahman….. Ya Rahiimmm. Oh… my… Goddddddddddddd!!!!!!…" saya melonjak gembira.Telefon secara langsung saya gapai…...
"Hello….. boleh bercakap dengan Kak Shad…. " hati saya dengan rasa kegembiraan menanti jawapan.
"Yeeer… kenapa ni? Siapa ni? Saya boleh tahan busy ni, nak 5S la katakan." Kak Shad bertanya.
"Kak Shad… betul ke saya dah confirm…." tanya saya tidak sabar dengan jawapannya.
"La… tadi kan dah faks ke pejabat you. Tak terima ke?" sambungnya.
"Dah terima Kak…. tapi kat rumah, saya ada hal hari ni di sekolah anak, so saya minta dia fakskan ke rumah." saya kegembira sendirian.
"Jangan lupa…. Dato' nak jumpa semua on 23rd August ni, okey. She want to say something. And, don't thanks to me, thanks to Dato'…. See all of you there." Kak Shad mengulangi peringatannya.
"Okey… Kak, Thank You very-very much." saya mematikan perbualan.
![]() |
"Surat Panggilan Ke Hadapan dan Tentatif Perjumpaan " : Oleh Jabatan Akauntan Negara |
"Yessssssssssss!" saya menjerit sendiri.
Kegembiraan cukup terasa hari ini, kerana saya mula rasa gah kembali melangkah.
Perjalanan ini tidak akan terhenti. Peluang untuk menapak kehadapan akan ada pasti. Saya akan melangkah ke hadapan, meninggalkan segala angan untuk ke sebuah impian. Di mana? Yang pasti bukan di "Pusara Di Lebuhraya." Syukur kehadratmu… Ya…. Illahi. Tiada lagi duka dihatiku
Salam…..
p/s : Tahniah semua Akauntan W44, yang telah berjaya ke peringkat seterusnya. Semoga ini akan mengangkat serta mengangkasakan wadah perjuangan kita kepada pengurusan kewangan yang terbaik.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan