Sungguh lesu perjalanan "Anjakan Paradigma" kepada perubahan ini.
Lesu yang teramat.
Dalam perjalanan kehidupan ini, saya sentiasa dilaungkan dengan perkataan "Anjakan Paradigma Atas Nama Perubahan". Terdengar suara-suara halus para nelayan bangsa menyokong arus itu.
"Satu, Dua, Tiga, Tarikkkkkkkk, wehhhhh…. Tarikkkkkkkk, wehhhh….. tarikkkkkk. " saya membayangkan mereka sentiasa bersatu menarik jala-jala laut curahan rezeki Illahi.
Saya terbayang semungkal jelas tampak kemas di dahi, menahan keringat jatuh ke mata mengelabui pandangan dini hari.
"Ahhhhh ….. itu nelayan bangsa menanti rezeki lautan, tidak alah dengan cubaan. Ini nelayan kota, mereka benci akan jentera, pukat, jala dan semungkal. Mereka tidak mengerti keluhan rasa nelayan pertiwi." saya mengiya tidakkan kata hati saya.
Begitulah saya dalam menghadapi anjakan kehidupan demi anjakan kehidupan atas sebuah perjalanan yang inginkan haluan ke sebuah destinasi perubahan. Saya sentiasa dibayangi kesatupaduan nelayan bangsa untuk maju ke hadapan. Segalanya bukan untuk diri, segalanya untuk pertiwi.
"Kenapa saya sebegitu?" tiba-tiba laungan itu tercetus dari bibir sepi saya.
"Biasalah, bang. Tapi, kena beringat, akan "Berbagai lebuhraya yang kita akan lalui", Bang?" jawab Elly selamba menyapa cetusan bibir saya tadi sambil membakar biskut cornflakes raya untuk hidangan Syawal nanti.
"Adakah "Perjalananku" akan terhenti di sini?" hati saya menyapa kembali.
"Di lebuhraya ini, yang ditiangkan dengan tugu berbentuk pusara yang sentiasa diam menyepi?" sambung hati saya lagi.
Saya selalu terbayang akan angan-angan saya demi sebuah bangsa yang inginkan perubahan. Angan yang ingin melonjak bangsa untuk suara bangsa. Kegembira demi kegembiraan sebuah bangsa dengan gema demi sebuah perubahan.
Kasihan sungguh bangsa ini. Dari satu sudut saya juga terbayang kisah lalu, bila hati ini teringin bertemasya untuk kehidupan dan kesempurnaan bangsa. Punah sepunah-punahnya.
Kasihan sungguh bangsa ini. Dari satu sudut saya juga terbayang kisah lalu, bila hati ini teringin bertemasya untuk kehidupan dan kesempurnaan bangsa. Punah sepunah-punahnya.
"Ahhhhh….. Angan kosong sahaja rupanya." hati saya kembali bertelagah dengan rasa.
"Sungguh memenatkan pengorbanan ini." sambung keluhan saya lagi.
Sedih cukup terasa, bila tanaman tekad untuk cinta kepada sebuah perubahan dan pengorbanan telah saya lakukan mula pudar hilang dan terasa akan berkubur dalam lambaian sepi.
"Biarlah pedih hati ini, melihat pusara-pusara ini di sini. Biarlah….. biarlah." kekecewaan hati saya, saya luahkan lagi.
"Bang, kita kecewa bukan bererti kita kalah. Biarlah… Pusara-pusara ini bakal menjadi bukti, bahawa kita pernah melakukan sesuatu demi bangsa kita dan demi warga kita." Elly menyampuk dari keluhan sepi hati saya.
Sungguh jelas saya mula lemah dengan gerak tari bangsa ini. Teriakan "Tarikkkkkk…. Wehhhhh….." mula perlahan. Semakin jelas di mata ini saya perlu melangkah sendiri, dengan bicara bahawa saya telah terpedaya (Agaknya.). Saya mula bermimpi bahawa segala bicara akan membunuh semangat ini. Ia pernah membunuh, dibunuh dan dikorbankan demi perjuangan atas nama perubahan.
"Sedih…. sedih… sedih." mulut saya bersuara lagi.Kini amat jelas sekali, semangat ini telah mula terhenti, dan akan berhenti buat selama-lamanya di sini. Ianya akan terhenti meninggalkan mimpi bangsa dan cinta pada pertiwi yang kononnya abadi.
Saya pasti mereka akan bergembira…. kerana perjuangan ini terhenti di sini. Saya pasti dijanjikan untuk pergi.
"Selamat Jalan, Wehhhhhhhh…… Selamat Jalan, Wehhhhhhh" suara nelayan tadi kembali.
"Apa-apapun aku harus lakukan yang terbaik. Perjalanan ini harus kuteruskan. Meskipun, impian di sini perlu kutinggalkan untuk sebuah perubahan. Semoga perjuangan bangsa ini sentiasa abadi di Lebuhraya ini. Dan, semoga pusara ini sebagai bukti. Mindaku bukan Kelas Ke-3. Aku Bukan Penderhaka…. " hati saya berpantun kembali, memujuk tanda erti ia akan dihargai.
'theFLAME Goes Shooting © Home Sweet Home |
Tiada ulasan :
Catat Ulasan