Sambungan dari Cheritera "Joompa Di Gambang Style II : Our 2012 Family Vacation (24 Okt 2012 - Day 2)"
---o0o---
Dalam perjalan balik dari pejabat semalam seorang sahabat menghubungi saya bertanya khabar.
"Hello.... Sahabat.... Wah bercuti di Gambang Water Park ke ?" Herman, sahabat baik saya memulakan cerita.
"Tak kena banjir ker?" sambungnya lagi.
"Hahahahahahahah ..... Syukur lah... tempat kami bercuti tak kena banjir, Man. Pada hal 35 km saja jaraknya dari Bandar Kuantan." jawab saya.
"Syukur lah ..... " Herman membalas kembali.Perbualan ringkas kami terhenti setelah saya berada di perkarangan rumah sambil disambut oleh si Hensem setia di depan pintu pagar.
---o0o---
"Apasal call abang engaged jer tadi, bang?" Elly menyambut saya dengan persoalan.
"Tun Sri Herman called tadi, tanya khabar ? Hahahahhaha." saya tergelak menjawabnya.
"Ohhhh... Apa khabar diaorang ? Kak Lin sihat tak....? tanya Elly lagi.
"Herman sihat, Lin tak tahu lah pulak ... kami cerita kosong jer..?" saya menjawab selamba.
"Emmmm by the way, dah kira kos percutian kita hari tu, bang ?" Elly bertanya berkaitan kos percutian Bukit Gambang Water Park kami.
"Need no worry lah.... dah kira pun. Nanti I present pakai slide. hahahahahahah." saya menjawab tergelak.
"Iyer la tu...." Elly bingkas bangun menyiapkan Nescafe 'O' pekat buat saya untuk melepaskan dahaga.
"Ni biskut, Papa." Aina menghidangkan beberapa keping biskut Marie.
---o0o---
Sememangnya percutian keluarga adalah sebegini, ia sentiasa ketat dengan pengiraan bajet dan kos-kos yang telah dibelanjakan.
"Bila buat sesuatu event, percutian, aktiviti ataupun apa saja.... Perancangan bukan dikira semalam, kelmarin atau lusa. Perancangan dan perbelanjaan hendaklah dirancang sebaik-baiknya seawal mungkin. Berbincanglah dengan adik-beradik untuk memastikan kejayaannya. Tak perlu arah mengarah orang lain untuk kau buat ini, kau buat itu.... Masing-masing tahu peranan. Duit bukan mudah dipetik dengan jari untuk datang.... Atur strategi bersama, insyallah ianya akan berjaya. Ikutlah resmi semut yang sentiasa mengumpul hasil kerja meskipun tiada tahu penghujungnya. Apa-apa pun perancangan mestilah didahulukan demi sebuah aktiviti untuk keluarga." pesanan abah yang sentiasa menjadi panduan bila saya ataupun keluarga mengadakan sesuatu aktiviti seisi keluarga.
Bagi saya sebarang percutian seboleh-bolehnya mestilah meriah dengan kos yang lebih sederhana. Tidak perlu bermewah-mewah dengan taraf itu ini pelbagai pun.
"Ala... kita bukan VVIP." kata hati saya selalu.
"Yang penting percutian untuk keluarga, isteri dan anak-anak. Mereka semua mesti ada untuk menghiburkan." hati saya menambah.
"mmmm agaknya okey dah ni kot." saya selesai meneliti perbelanjaaan percutian Bukit Gambang.
"Not too much." hati saya menyambung lagi.
Kebanyakan perbelanjaan berlaku pada hari aktiviti yang banyak melibatkan perbelanjaan di Bukit Gambang Water Park, Kuantan.
" Woooooo.... lebih 50% perbelanjaan pada 24hb Disember 2012 pada perbelanjaan Bukit Gambang, ke bang ?" Elly bertanya.
"Yep!!!!! Nasib baik kongsi dengan family si Azmi dan Dora." saya menjawab.
"Kalau tak!!!!! Mahu kos dia lebih dari tu." sambung saya.
"Tu lah pasal...." sambung Elly.
Perbelanjaan Mengikut Hari - Untuk Percutian Bukit Gambang 2012 (aka. Percutian Joompa Di Gambang Style 2012) |
"Itupun penginapan kita, kita dah pilih homestay di Felda Gambang, so boleh masak-masak sendiri untuk makan. Dan, dekat sangat dengan lokasi dan destinasi di tuju." Elly bersetuju dengan penjimatan saya bentangkan.
Perbelanjaan Mengikut Kategori - Untuk Percutian Bukit Gambang 2012 (aka. Percutian Joompa Di Gambang Style 2012) |
Detail Perbelanjaan Mengikut Kategori - Untuk Percutian Bukit Gambang 2012 (aka. Percutian Joompa Di Gambang Style 2012) |
"Gambang Oh Gambang..... bukan Gembeng Oh Gembeng, nasib baik." E'KiM menyampuk.
"Mama... mama... mama.. E'ZiQ asyik tertelan air kalau naik gelongsor purple tu. Puas E'ZiQ tutup mulut." E'ZiQ menyampuk sambil melayan cerita kegemarannya di Astro.
"Ali...Ali... tu... kakak ila." A'Yana sibuk dengan gambar Adli dan Adira yang terpampang di dalam komputer mamanya.
"Aina.... siapkan A'Yana, tak larat nak masak la. Kita gi makan nasi lemak jom." Elly mematikan perbincangan untuk keluar seisi keluarga bagi persiapan makan malam.
Dengan tersenyum saya melirik ke arah foto meja yang baru saya cetak tadi.
Foto Kenangan : Percutian Keluarga Bukit Gambang, Pahang - 2012 |
---o0o---
Begitulah percutian keluarga terakhir bagi tahun 2012 kami berenam di Bukit Gambang, Water Park Kuantan. Syukurlah kami sihat dan selamat kembali di dalam kesibukan Bandar Kuantan ditengelami banjir.
Apa-apa pun, percutian bagi keluarga adalah perkongsian pengembaraan di mana kita mampu melihat gelagat anak-anak membesar dengan helai tawa. Dengan kerenah bising di sana sini. Percutian keluarga adalah lebih kepada bersama keluarga. Itulah maksudnya telah berkeluarga. Kalau bujang.... so bersama keluarga juga boleh tapi alternatifnya adalah kawan-kawan dan handai taulan.
Keluarga Kita adalah Hidup Kita..... Keluarga Kita adalah Nadi Kita.... dan Kita adalah Kehidupan Keluarga Kita. Siapalah Kita Tanpa Keluarga... dan Siapalah Keluarga Tanpa Kita.
Salam.... dan salam dari saya,
Selamat melayari dan salam juga untuk semua.
Salam,
© 2012 A Halim @ Abdul Halim Bin Ismail
© 2012 S.N.A.P. Touch Photography
Tiada ulasan :
Catat Ulasan