Isnin, 24 Disember 2012

Joompa Di Gambang Style II : Our 2012 Family Vacation (24 Dis 2012 - Day 2)

Sambungan dari Cheritera "Joompa Di Gambang Style : Our 2012 Family Vacation (23 Okt 2012 - Day 1)"

"Bangunnnnn... bangun... bangun." Elly mengejutkan Aina, E'KiM, E'ZiQ dan A'Yana. 
"E'KiM..... E'ZiQ... Jangan lupa gosok gigi. Aina!!!!! Bangun." mengerakkan semua anak-anak yang masih dibuai mimpi. 
"A'Yana ... meh sini jom..." sambung Elly.
"Dhommmmm... Gigi." A'Yana menjawab dan anggukan.
"Bangggg.... Bangun." Elly menggerakkan saya. 
Kaki saya melangkah lembut ke hujung katil untuk bersiap ke bilik air.

E'ZiQ Melayan Hujan Pagi

E'KiM Kesejukan Melayan Penghawa Dingin dan Hujan Pagi.

A'Yana Gosok Gigi Dengan Mama.
Kedengaran juga Dora menggerakkan keluarganya untuk bersiap mengikut perancangan percutian hari ini.
---o0o---

Hujan pagi yang membasahi bumi Gambang mencabar diri kami untuk bangkit dari pertiduran di pagi ini.  Namun, demi sebuah percutian, kami tetap gagahkan jua.

Jam 8.40 pagi kami beramai bertolak dari penginapan ke Bukit Gambang, Water Park, Kuantan selepas bersarapan pagi. Merentas jalan singkat merentasi Kawasan Ladang Felda Lepar sejauh 11 km memudahkan perjalanan kami untuk sampai ke destinasi dituju.
"Musim cuti sekolah waktu operasi bermula jam 9.30 pagi." Elly mengingatkan saya.
"Duit untuk aktiviti di sana dah ready ke?" saya bertanya.
"Dah..... Semuanya dah, just whatsoever... hujan berhenti atau tidak, kita kena masuk juga." sambung Elly lagi bagi memastikan percutian ini berjaya.

Waktu Operasi - Bukit Gambang, Kuantan, Pahang
Agak awal juga ketibaan kami, namun ianya banyak membantu dan mempermudahkan segala perancangan aktiviti percutian kami sekeluarga.  So, segalanya tidaklah menjadi kelam-kabut (Al maklumlah saya memang benci sejuta peratus segala pengurusan yang serabut termasuklah urusan keluarga, anak-anak dan pejabat.)

Setelah tiba selesai meletakkan kenderaan, kamipun terus melakukan pembayaran pendaftaran.    
"Mom.... Uruskan Pembayaran Tiket dan Gelang Masuk." Elly terus mengatur pergerakan percutian.
"Okey.... Kakak jaga adik-adik." sambung Elly lagi.
"E'KiM.... Jaga barang." saya memanggil E'KiM yang masih melayan rasa keseronokan kerana telah tiba di lokasi percutian.
"Papa nak ambil barang-barang dalam kereta lagi." saya menyambung.
Begitulah percutian keluarga yang sentiasa saya idamkan dan sentiasa kami jadikan kenyataan.  Masing-masing mempunyai pecahan tugas seperti yang dirancang sebulan atau lebih dari hari yang dirancang.  Tak perlu kita menjadi tuan tanah atau tuan rumah mengarah itu-ini konon tampak seolah-olah seorang raja. Buang karen jerk.
"Bang... Sewa Pondok Cabana 1 untuk kita share dengan Keluarga Dora, kecik pun takpe. Just nak buat letak barang-barang jerk dan bagi baby si Dora tu tidur." Elly mengingatkan.
"Ambik 2 double tube untuk 2 famili." tambahnya lagi.
"Duit makan..." saya bertanya.
"Bajet dalam RM100/- untuk dua keluarga. Sure tak lalu nak makan punya. Lagipun sini pakai e-Value, boleh tambah kalau tak cukup." Elly menjelaskan dengan panjang lebar.
"So total e-Value kita kena ambik RM200/-, boleh refund kalau tak guna, kata staff kaunter tadi." sambung Elly.
Alhamdulillah kerana segalanya berjalan lancar, bermula dari pembayaran tiket masuk / gelang masuk hinggalah ke aktiviti anak-anak di dalam Bukit Gambang, Water Park. Syukurlah.

Yuran Masuk - (Harga Promosi)
Harga Sewaan Cabana 
Kos-kos Lain Semasa Di Bukit Gambang, Kuantan, Pahang.
Helai-tawa anak-anak melayan keseronokan Wave Pool di Coco Beach dan Gelongsor Air di Penguin Island cukup menghiburkan.  Begitu juga melihat kegirangan Elly melayan anak-anak menghanyutkan diri menggunakan Double Tube mengelilingi Penguin Island.  Gelak-tawa mereka sungguh menyeronokkan, mengubat sejuta kepenatan yang belum hilang lagi dari semalam.  

Tinggalnya saya tidak dapat merasai seluruh kegirangan yang mereka rasai.  Ini kerana kerja-kerja mengabadikan moment saya perlu dahulukan untuk mereka dan demi mereka.  Untuk tatapan bersama saya selitkan beberapa gambar-gambar menarik semasa di sana untuk kongsian semua.

E'KiM (Si Hensem) Berposing Di Coco Beach.

Mengeliling Penguin Island Dengan Double Tube

Si Hensem Meluncur Laju Gelonsoran Air Di Penguin Island.

A'Yana Mengelonsor Air Di Penguin Island.

Dira Melayan Kolam Dengan Pelampung Kesayangan Di Penguin Island.

Untuk gambar-gambar percutian lain, sila berkunjung ke album facebook saya dengan mengklik di SINI.

---o0o---



Salam.... dan salam dari saya,

Selamat melayari dan salam juga untuk semua.

p/s : Maaf sekali lagi kerana lambat nak upload gambar dan nak update blog di lokasi homestay .... dekat sini takde 3G (Aduhai Homestay.)


Salam,
© 2012 A Halim @ Abdul Halim Bin Ismail
© 2012 S.N.A.P. Touch Photography

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...