Jumaat, 18 Januari 2013

Kerana Esok, Bermula Hari Ini.

"Deeeeee..... Bangun!" kedengaran suara manja Elly menggerakkan saya dari ketiduran pagi ni.
"mmmmmmmm.... " Jawab saya dengan malasnya sambil membangkitkan diri.
"Aduh.... sakitnya badan, kebasnya belakang." hati saya menjerit kesakitan.
"Tak larat la...." saya menjawap panggilan Elly lagi dan terus menyambung lena.
"Solatlah dulu ... lepas tu gi klinik, buat check up dan.... jangan lupa minta ubat." sambungnya lagi.
Dalam melayan mata untuk lena, minda saya melayang kembali mengingatkan pertelingkahan kecil semalam.  Semuanya kerana melayan keletihan minda dan kerja. Itulah kehidupan harian sebagai professional di dalam bidang kerjaya masing-masing yang tak boleh lari dengan pelbagai kerenah kehidupan.  Kerenah kerja dan kerenah rumah tangga. Apa-apa pun "SEMALAM adalah sejarah, yang mengukir hari ini, dan ESOK pula adalah sesuatu yang bakal ditempohi dengan bermulanya hari ini. Segalanya berpangkalkan HARI INI."
"Kisah rumahlah tangga.... ada-ada saja." bibir saya mendendangkan lagu biduan negara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang sudah setengah abad berkumandang di corong-corong radio.
Namun, pertelingkahan kecil seperti semalam banyak meremajakan kehidupan saya dari masa ke semasa. Ia banyak membentuk diri saya supaya saya lebih dewasa berhadapan dengan kerenah keluarga.  Syukurlah adanya keluarga. Syukurlah adanya Elly, anak-anak dan rumahtangga ini.

---o0o---
"Nak makan apa malam ni, kakak?" Elly bertanya pada Aina yang sedang melayan FB di dalam iPhone Elly semalam.
"Entahlah Mama ...... Tak tahu!" Aina menjawab.
"mmmmm Abang...?" tanya Elly lagi pada saya pula.
"Malas nak fikirlah hari ini.  Penat dan letih la!" Jawab saya ringkas. 
"By the way, rasanya, isu nak makan apa hari ini kan dah kita bincang selalu la.  Dah buat keputusan pun. Dan kita tak akan bincang lagi isu apa yang kita nak makan apa hari ini, pada hari ini juga kan." Sambung saya lagi.
"Kenapa tak bincang apa nak makan esok malam, senang sikit." tambah saya lagi.
Elly mendiamkan diri seketika.
"Susah nak fikir la.... sayang nak minta advice apa nak makan hari ni jer. Kalau sayang sorang fikir sakit juga. Buntu fikiran." Elly membalas argumentasi saya.
"Dah tu kalau susah nak fikir hari ni baik kita fikirkan esok jer kan.  Kalau fikir hari ni semua orang penat.  Budak-budak dengan kepenatan dari sekolah, Sayang dengan kepenatan dari pejabat. Abang juga dengan kepenatan dari pejabat." saya menyambung penjelasan.
"Kalau nak fikir esok, so kita nak makan apa pulak malam." tanya Elly yang cuba menduga perancangan saya seterusnya.
"Ikan.... whatever masakan dan jenisnya." saya menjawab ringkas.
Nak Makan Pun Kena Rancang Sebelum Harinya.
Elly diam dan terus menyepi hingga ke perkarangan rumah.

Jawapan ini sememang sepontan dari saya.  Ianya tidak saya rancang kerana itu sahaja yang boleh saya fikirkan untuk esok.  Kalau nak difikirkan perancangan hari ini, rasanya saya sendiri pun tidak terfikir walau sesaat.  Susah penat dan kadang-kala tiada gunanya.

Kenapa saya hanya memikirkan esok?  Itu adalah persoalan yang mesti berada diminda setiap pembaca ataupun peminat blog kerdil saya ini.
"Perasan!!!!!!!" hati saya tergelak kecil.
Sebagai seorang professional di bidang kerja saya, saya juga tidak suka memikirkan apa yang saya akan lakukan hari ini.  Susah.  Ia tampak sangat kebodohannya di mata kakitangan yang memerhatikan kita.  Kata-kata ucapan tampak tidak teratur, kerja dibuat serba tak kena dan makan kita kadang kala hanya berkaiskan roti dan bertegukkan air suam semata. 
"Stupid of me." hati saya memberontak lagi.
Begitulah juga kehidupan berkeluarga.  Percaya atau tidak, adalah agak sukar untuk kita memikirkan apa yang kita perlu lakukan hari ini tanpa perancangan semalam.  Minda kita akan kosong kerana dibuai kerenah kerja hari ini termasuklah dengan kerenah bos-bos yang entah apa mahunya.  
"Persetan dengan permintaan itu ini pejabat.  Pejabat adalah pejabat, dan keluarga adalah keluarga." jerkah hati saya.
Dengan merancang semalam, kita mampu melakukan pelbagai congakkan dari segi rasa dan bajet kewangan.  Kita boleh memilih apa yang kita mahu.  Sebagai contohnya, makan malam keluarga saya sendiri.  Saya suka untuk memikirkannya untuk citarasa esok.  Ia lebih flexi dan tidak kompleks.  Soalan Elly saya jawab dengan hidangan esok adalah ikan kerana ianya mudah difikirkan dari segi jenis, citarasa masakan dan bajet.  Ia juga boleh ditukar ganti menjadi hidangan daging atau ayam seandainya dapur saya kekosongan stok ikan.  Ia juga boleh ditukar ganti dengan masak stim dan tiga rasa sekiranya cukup rempahnya. Bagi saya, ianya lebih mudah sebegitu, daripada kita memikirkan apa yang kita perlu rancangkan secara last minute untuk makanan keluarga pada hari ini.  Bayangkan seandainya saya memikirkan untuk memakan ikan, dan setiba di rumah stok ikan tiada. Atau rempah ratus untuk tujuan masakan kari kepala ikan juga tiada.  Terbantut juga rasa bukan.  Sekurang-kurangnya, perancangan semalam tidak membantutkan idea dan rasa kita.  Ini kerana secara peribadinya kita boleh membeli bahan-bahannya, ikannya atau membelinya secara siap di gerai-gerai yang bersepah di jalan-jalan sebelum tiba di rumah.  Senang bukan.

Perancangan Lebih Menjimatkan.
Bagi saya, memikirkan esok adalah lebih baik daripada memikirkan hari ini.  Professionaliti kita tampak jelas yang boleh men'jeles'kan orang lain.  Begitulah juga kehidupan kerjaya kita.  Apabila ianya terancang kita tampak lebih bersemangat kerana kita tahu apa yang bakal kita lakukan.  Kita tidak teraba-raba mencari punca untuk sesuatu yang dipanggil kerja.  Kita juga mampu menguyah nasi lemak di pagi hari, makan nasi berlauk ikan bakar di tengahari dan meratah ayam goreng bersama keluarga di malam hari.  Biarlah kerja menimbun setinggi syiling pejabat, mesyuarat sehari suntuk dan kerenah keluarga menongkah arus, dengan perancangan semalam untuk hari ini insyallah kita akan mampu menempuhinya.  
"Tanamlah benih tanaman yang ingin kita tanam, meskipun kita tahu esok kiamat menjelang tiba." kata-kata nasihat ayah yang suatu ketika dahulu saya tidak faham ertinya.
Hari ini, kata-kata itu penuh dengan sejuta pengertian yang cukup bernilai buat saya.

Kita merancang  untuk melakukan sesuatu adalah untuk masa depan.  Kita merancang bukan untuk hari ini, tetapi esok. Kadang-kala ianya agak panas sesama kita sekeluarga, namun kebaikannya akan jelas pada esoknya.  Dan, seandainya di amalkan, ianya juga terbaik buat lusa, minggu depan dan bulan-bulan seterusnya.

---o0o---

Ketegangan kadang-kadang malah sering berlaku di dalam keluarga dan pejabat, namun sebaiknya biarlah ia menjadi formula yang terbaik untuk masa depan.

---o0o---
"Ringgggggg!!!!!" Deringan telefon rumah berbunyi yang menandakan Elly akan sampai beberapa minit lagi.
Ia menyegarkan dan membangkitkan saya dari pertiduran petang ini.
"E'KiM..... Angkat telefon." Saya mengarahkan E'KiM mengangkat telefon.
Dengan lemah dan penuh amanah E'KiM mengangkat telefon.
"Assalamualaikum..... Hello..." E'KiM memulakan perbualan.
"Wa'alaikumusalam, E'KiM.... Ni mama ni, nanti suruh kakak masak nasi 2 setengah put beras yer. Mama on the way ni." Elly cepat membalas salam dan menyambung perbualan.
"Okey..... " E'KiM menjawab.
"Mama dah beli lauk ni, so esok nak makan apa pula." Elly menambah dengan persoalan untuk perancangan esok.
"Papa... esok nak makan apa? Mama tanya." E'KiM bertanya pada saya yang masih melayan letih dan khayal dengan ubat doktor pagi tadi.
"Nasi Goreng Kampung, okey tak!...." saya menjawab selamba.
"Mama, papa kata Nasi Goreng Kampung." E'KiM menyampaikan jawapan saya.
"Lauknya?" tanya Elly lagi.
"Papa, lauknya apa?" E'KiM menyambung pertanyaan Elly pada saya.
"Ala telur goreng mata dan sambal tumis jerk." saya menyambung jawapan. 
"Papa kata telur mata dan sambal tumis, Mama." E'KiM menyampaikan pesanan saya pada Elly.
"Okey... Bye." Elly menjawab dan menhentikan perbualan.
"Okey.... Bye." E'KiM membalas dan meletakkan telefon.
Keletihan petang hilang dengan memalaskan diri di sofa rumah seharian.  Saya bingkas bangun untuk mandi kerana banyak lagi perkara yang ingin dilakukan sebentar lagi.  Tanggungjawab dan amanah famili.

So.... menantuk, so planning, so best bila kita merancang hari esok.  Segalanya tidak mewujudkan lagi ketegangan.
"Accountant alway as a good planner.... Such as The Owner of Air Asia tu lah. So do you." Nasihat doktor yang merawat saya pagi tadi.
Bagi saya semua orang perlu merancang, tak kiralah dia seorang Akauntan ataupun apa jua professionalitinya.  
"Kerana Esok, bermula hari ini." bibir saya menutup cerita.
---o0o---


Salam.... dan Selamat Membaca, dari saya,

Selamat melayari untuk semua dari kami sekeluarga.


Dari Meja Penaku

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...