Cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam yang panjang kalau digabungkan berguna juga dengan melayan kamera atau telefon pintar di tangan.
"Lepas Jumaat kita bertolak yer...." mengimbau kembali jawapan saya pada hari Jumaat lalu.
Kadang kala, tempat tumpah lahir kita, jarang juga kita ketahui bahawa wujudnya beberapa tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Mungkin kerana kita malas untuk ingin mengetahuinya, atau kita tidak ambil tak endah pada yang ada. Sungguh merugikan buat kita.
Pulang ke kampung di bumi pertiwi "pencen" Muar Bandar DiRaja yang juga dikenali sebagai Bandar Maharani membuatkan saya teruja untuk merakamkannya bagi tatapan semua. Berbekalkan Kamera DSLR, filter lensa, telefon pintar dan iPad saya menerokai Kota DiRaja yang indah ini.
"Puas ambik gambar Deeee...?" Elly melayangkan saya persoalan, sekembali dari Muar.
"Tak lagi la sayang, penat betul.... esok sambung lagi la." saya menjawab.
"Mama.... Banyak-banyak kedai satay daging, satay dekat Muar nilah paling best." E'KiM menyampuk sambil melayan kesakitan beguknya.
Seronoknya, melayan keindahan cahaya Bandaraya DiRaja Johor ini. Apa tidaknya, kerdipan cahaya lampu neon menerujakan keindahan usia tuanya.
|
Jam Besar, Bandar Muar. |
|
Bulatan Sulaiman Muar |
Di siang hari keindahan juga terasa bila kita menikmati keindahan rekacipta bangunan-bangunan lama di sepanjang lorong dan jalan di seluruh Kota DiRaja ini. Mercu-mercu tanda dan tinggalan sejarah Kota DiRaja ini sungguh menarik. Antaranya :-
|
Bangunan Sultan Abu Bakar, Muar |
|
Masjid (Berkembar) Sultan Ibrahim, Tanjung Emas, Muar |
|
Masjid (Berkembar) Sultan Ismail, Tanjung Agas, Muar |
|
Dataran Tanjung Emas, Muar |
|
Tugu Kapsul Masa DiRaja Johor. |
|
Maharani Uptown, Jalan Abdullah. |
|
Jeti Nelayan, Bandar Maharani Muar. |
|
Restoran Haba, Jln Majidi (Kedai Satay) |
"Deeee..... Kita sarapan di ZZ Satay Warisan nanti yerk.... " Seawal pagi Elly mengingatkan saya pagi tadi.
"Lepas tu tengahari sebelum balik, layan Cendol Maharani di depan Maharani Uptown." sambungnya lagi.
|
ZZ Satay Warisan, Jalan Majidi, Muar. (Berhawa Dingin) |
|
Cendol Maharani Muar, Jalan Sisi
Tidak merugikan buat pengunjung-pengunjung yang datang. Cuma yang tidak sempat saya rakamkan (Barangkali di masa akan datang) adalah Pusat Ikan Bakar Saba Awor dan Gerai Asam Pedas Jalan Junid yang memang menjadi kegemaran keluarga saya untuk merasainya. Ini kerana kesuntukan masa cuti yang singkat dan saya terpaksa balik ke Kuala Lumpur awal untuk urusan keesokkannya.
Jom cuti-cuti Malaysia, segalanya ada di sana.
|
Selamat beristirehat..... dan Selamat membaca, kepada yang sudi mengikuti blog ini.
Selamat melayari juga untuk semua dari kami sekeluarga.
Dari Meja Penaku
© 2013
A Halim @ Abdul Halim Bin Ismail
© 2013
S.N.A.P. Touch Photography
Tiada ulasan :
Catat Ulasan